JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Jabatan Perangkaan Malaysia atau Department of Statistics Malaysia ditubuhkan pada tahun 1949, dibawah Ordinan Perangkaan, 1949. Di awal penubihannya, jabatan ini dikenali sebagai Biro Perangkaan dan kerja-kerja yang dijalankan terhad kepada perdagangan luar, pertanian, dan ladang.

Pada tahun 1965, Biro Perangkaan dinaik taraf kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan dikendalikan dibawah peruntukan Akta Perangkaan, 1965. Fungsi dan peranan Jabatan Statistik juga diperluaskan melingkupi pengumpulan data dan maklumat ekonomi dan sosial.

Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan agensi utama kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang diamanahkan dengan tanggungjawab untuk mengumpul, mentafsir dan menyebar perangkaan terkini dan masa sebenar dalam pemantauan prestasi ekonomi negara dan pembangunan sosial.

Ibu pejabat Jabatan ini terletak di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya dan turut mempunyai pejabat di setiap negeri. Pejabat operasi telah ditubuhkan di beberapa negeri bagi mengukuhkan lagi aktiviti pengumpulan data.

FUNGSI

Untuk meningkatkan dan meluaskan peranannya sebagai agensi utama dalam bidang perangkaan ke arah mewujudkan sistem berorientasikan pengguna dan maklumat yang tepat yang berkualiti, sebagai pembentukan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.

OBJEKTIF

  • Mengukuh dan meningkatkan perkhidmatan statistik serta sistem penyampaian;
  • Memenuhi keperluan pelanggan dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar;
  • Menjalankan penyelidikan dan keupayaan analisis yang kukuh;
  • Memastikan penggunaan secara maksimum teknologi unggul dan metodologi statistik;
  • Memupuk budaya inovasi dalam penghasilan dan penyampaian produk dan perkhidmatan perangkaan;
  • Mempunyai sumber manusia yang kompeten dengan tahap profesionalisme yang tinggi; dan
  • Memperluaskan penggunaan statistik di kalangan pengguna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s