Aramco Saudi pilih penaja jamin IPO AS$100b

LONDON: Syarikat minyak Saudi Aramco memilih JPMorgan Chase & Co, Morgan Stanley dan HSBC Holdings Plc sebagai penaja jamin bagi tawaran awam permulaannya (IPO), demikian lapor Wall Street Journal yang memetik sumber rapat dengan perkara itu.

Syarikat minyak Arab Saudi yang dikenali Saudi Aramco, tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjut tentang perkara itu, manakala JPMorgan pula enggan mengulas dan Morgan Stanley serta HSBC gagal dihubungi.

Penyenaraian Aramco dijangka menjadi IPO terbesar dunia dan mampu menjana AS$100 bilion (RM445.75 bilion). IPO berkenaan adalah rancangan utama kerajaan yang dikenali Misi 2030 iaitu itu mempelbagaikan ekonomi menjangkaui minyak.

Pihak berkuasa Arab Saudi menyasarkan untuk menyenaraikan sehingga lima peratus pengeluar minyak terbesar dunia, masing-masing di Bursa Saham Arab Saudi di Riyadh, Tadawul dan satu atau lebih di pasaran antarabangsa. Aramco menerima cadangan daripada sekurang-kurangnya enam bank untuk peranan sebagai penasihat bagi IPO, kata sumber rapat dengan perkara itu kepada Reuters.

JPMorgan semakin hampir dipilih sebagai penaja jamin, demikian laporan Reuters yang memetik sumber berkenaan. Baru-baru ini, Aramco memilih bank pelaburan, Moelis & Co sebagai penasihat.

Rancangan IPO diperjuangkan oleh Timbalan Putera Mahkota, Mohammed Salman, yang menyelia dasar ekonomi dan tenaga negara. Tahun lalu, beliau berkata, ia menjangkakan IPO Aramco bernilai sekurang-kurangnya AS$2 trilion (RM8.91 trilion) dan angka itu mungkin lebih tinggi. – Reuters

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s