SP Setia catat untung sebelum cukai RM1.18b

KUALA LUMPUR: SP Setia Bhd, pemaju hartanah tempatan mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM1.18 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, berdasarkan perolehan RM4.95 bilion, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia. Bagi suku keempat, keuntungan sebelum cukai sebanyak RM527.23 juta manakala perolehan berjumlah RM1.77 bilion.

SP Setia berkata, tiada angka perbandingan kerana syarikat menukar tahun kewangan yang berakhir pada 31 Oktober kepada 31 Disember. Katanya, pencapaian perolehan dan keuntungan sebelum cukai itu disebabkan beberapa projek yang sedang dilaksanakan di Malaysia serta Eco Sanctuary di Singapura, Battersea Power Station di London serta Parque Melbourne di Australia.

“Perolehan daripada operasi lain terutamanya disumbangkan oleh pembuatan berasaskan kayu, aktiviti dagangan dan operasi perniagaan di pusat beli-belah serta Setia City Convention Centre,” katanya.

SP Setia berkata, kumpulan mencatat jualan sebanyak RM3.82 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2016, melebihi sasaran jualan yang disemak semula pada RM3.50 bilion. Projek tempatan menyumbang RM3.50 bilion, yang mewakili kira-kira 92 peratus jumlah jualan manakala projek antarabangsa menyumbang RM321.5 juta atau baki lapan peratus.

Mengenai masa depan, bagi peringkat antarabangsa, kumpulan merancang untuk melancarkan dua projek di Australia iaitu Prahran dan Exhibition Street di Melbourne. Di Malaysia pula, kumpulan menyasar untuk melancarkan hartanah bertanah berharga sederhana dan perumahan mampu milik yang mempunyai permintaan.

Kumpulan juga akan terus mencari tanah yang lebih strategik bagi mengganti simpanan tanah sedia ada, terutamanya di Lembah Klang dan Johor Bahru serta Australia. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s