PSA, Geely kemuka bidaan beli ekuiti PROTON

KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta Perancis, PSA Group dan pengeluar kereta China, Zhejiang Geely Holding Group Co, sudah mengemukakan bidaan untuk membeli pegangan ekuiti dalam PROTON Holdings Bhd.

Agensi berita kewangan Bloomberg yang memetik sumber berkata, rundingan berkenaan bagaimanapun masih awal, dengan bidaan dinilai dan dijelaskan. Saiz sebenar pegangan yang akan dijual akan ditentukan selepas perbincangan, kata laporan yang memetik sumber itu.

Jurucakap PSA berkata, syarikat itu masih dalam proses rundingan dan ingin untuk pergi lebih jauh dengan PROTON. Wakil dari Geely pula dilaporkan enggan mengulas, sementara jurucakap PROTON tidak menjawab panggilan bagi mendapatkan komen.

Pada 15 Februari lalu, DRB-HICOM Bhd dalam satu kenyataan berkata, ia akan memuktamad dan mengumumkan keputusan mengenai rakan strategik asing dalam separuh pertama tahun ini.

Pengeluar kereta nasional itu perlu membawa masuk rakan asing bagi membantu dalam penyelidikan dan pembangunan sebagai sebahagian syarat yang dipersetujuinya bagi mendapatkan pinjaman RM1.25 bilion tahun lalu.

PROTON juga memiliki pengeluar kereta sport ikonik British, Lotus Cars Ltd. Bagi Geely, membeli pegangan kawalan dalam pengeluar kereta Malaysia itu akan memberikannya kawalan terhadap PROTON dan Lotus Cars, yang terkenal dengan teknologi casis ringan, selepas ia membeli Volvo Cars pada 2010.

Sementara itu, akhbar harian Perancis, Les Echos melaporkan PSA membuat tawaran kukuh untuk PROTON.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s