PKS diseru untuk mengurangkan risiko melalui penggunaan mata wang lain

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyeru perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengurangkan risiko pendedahan mereka dengan mempelbagaikan mata wang selain daripada euro atau dolar US selepas ringgit merosot berbanding dengan mata wang terbabit.

Timbalan Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata PKS perlu mengambil kesempatan daripada dasar kerajaan China yang menggunakan renminbi tujuan urus niaga merentas sempadan.

Katanya, nilai ringgit ke atas renminbi tidak terlalu melemah berbanding dolar US dan euro.

“Kerajaan mengakui industri yang bergantung kepada import mungkin terjejas oleh susut nilai ringgit, kerana mereka lebih terdedah kepada pasaran luar di mana barangan import menjadi lebih mahal.

“Ini terjadi ke atas syarikat-syarikat yang mengimport bahan mentah, yang mana akan menyebabkan kos mereka melonjak,” katanya kepada pemberita pada sesi dialog dengan PKS mengenai kelemahan nilai ringgit di sini pada Isnin.

Menurut Ahmad, pada kebiasaannya, sesebuah syarikat yang kukuh akan memperuntukkan lima hingga 10 peratus daripada margin mereka bagi mengurangkan kesan turun naik dalam nilai ringgit.

Bagaimanapun, ringgit telah menyusut sehingga 40 peratus daripada ramalan, kesan kewangan seperti ini adalah terlalu banyak untuk ditanggung oleh syarikat-syarikat ini.

Beliau juga menyarankan supaya PKS memiliki perancangan kewangan dan pengurusan aliran tunai yang lebih baik dengan memberikan perlindungan ke atas komitmen tukaran asing dan menggunakan lain-lain instrumen kewangan bagi mengurangkan kerugian dalam transaksi asing.

Katanya, PKS juga perlu untuk membangunkan hubungan yang rapat dengan bank supaya mereka dapat menjamin bantuan kewangan, terutama dalam kontrak ke hadapan atau lindung nilai tukaran asing.

Ini membantu mengurangkan risiko, sementara membolehkan PKS untuk membuat unjuran kewangan yang baik, sekali gus menguruskan turun naik matawang asing, katanya.

“PKS perlu juga perlu menggunakan input tempatan melalui penggantian import, bagi mengurangkan ketidakstabilan dalam kadar pertukaran matawang,” katanya.- BERNAMA

SUMBER : Astro Awani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s