Media Prima raih pendapatan RM1.29 bilion

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima) mencatat pendapatan RM1.29 bilion dan keuntungan sebelum cukai RM32 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.

Prestasi kewangan itu mengambil kira inisiatif penstrukturan semula operasi percetakan kumpulan, yang bertujuan mengoptimumkan kapasiti operasi kilang percetakan. Ia juga membolehkan Media Prima melaburkan penjimatan kos yang dicapai dalam inisiatif digital dan perniagaan baharu sejajar dengan perubahan cita rasa pengguna.

New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) melaksanakan pelan penstrukturan semula operasi kilang cetak dan mengalami kos pengstrukturan semula sekali saja sebanyak RM97.9 juta. Sementara itu, inisiatif perniagaan baharu yang dilaksanakan oleh Media Prima mencatatkan kos permulaan yang membabitkan tempoh matang.

Dengan kedua-dua kos sekali saja daripada penstrukturan semula serta kos permulaan bagi inisiatif baharu, Media Prima merekodkan kerugian bersih RM69.8 juta bagi tahun kewangan dikaji.

Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri FD Iskandar, berkata 2016 adalah satu lagi tahun mencabar berdasarkan kepada persaingan, pasaran tidak menentu dan sentimen pengguna lemah. Katanya, cabaran digital juga memberi kesan kepada perbelanjaan pengiklanan dan jualan akhbar sepanjang tahun dikaji, menyebabkan penurunan 10 peratus pendapatan berbanding sebelumnya.

“Melihat kepada ketidaktentuan yang dihadapi, kumpulan secara agresif menumpukan kajian luas segmen perniagaan dan menjalankan strategi utama bagi merealisasikan peluang bagi sumber perolehan baharu dan pada masa sama menangani kos secara berhemah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

FD Iskandar berkata, Media Prima komited menghasilkan pertumbuhan dan nilai kepada pemegang saham dan lembaga pengarah mencadangkan dividen tunggal akhir 4.0 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016. “Bersama cadangan dividen tunggal akhir, jumlah keseluruhan dividen diumumkan bagi tahun kewangan semasa ialah 8.0 sen bagi setiap saham biasa,” katanya.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Amrin Awaluddin, berkata usaha inisiatif strategik yang dijalankan sepanjang tahun adalah teras kepada pertumbuhan jangka panjang dan kemampanan syarikat. Katanya, tahun 2016 menyaksikan kumpulan mengambil langkah untuk menstruktur semula operasi percetakan kerana pengguna kini beralih kepada produk digital seperti akhbar versi elektronik.

“Kami juga sudah melakukan pelaburan secara disiplin dalam inisiatif perniagaan baharu yang akan menyediakan perolehan sumber baru bagi melangkah ke hadapan,” katanya sambil menambah, inisiatif baharu itu juga membantu mengurangkan kesan kepada penurunan pendapatan tradisional.

Mengulas prospek 2017, beliau berkata kumpulan akan terus berdepan tempoh mencabar tahun ini akibat ketidaktentuan ekonomi, pemecahan perbelanjaan pengguna, peralihan perbelanjaan pengiklanan kepada platform digital serta peningkatan persaingan dalam persekitaran landskap media. Sementara itu, Amrin berkata, inisiatif perniagaan baharu yang dilaksanakan kumpulan pada 2016 untuk mengembangkan portfolio pendapatan dijangka kekal matang pada 2017.

“Kumpulan juga akan terus mengkaji perniagaan dan meningkatkan kecekapan kos, bergantung kepada kedudukan kepemimpinan dalam media tradisional. “Fokus ditumpukan terhadap penyampaian kualiti kandungan dan pada masa sama mengembangkan perniagaan dalam mempelbagaikan saluran perolehan sedia ada,” katanya.

INFO

  • Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) untung RM5.2 juta
  • Rangkaian Radio Media Prima (MPRN) raih pendapatan RM68.4 juta
  • Big Tree Outdoor (BTO) raih pendapatan RM158.7 juta

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s