Maybank untung bersih RM2.36b suku keempat

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatat untung bersih yang tinggi sebanyak RM2.36 bilion pada suku keempat berakhir 31 Disember 2016, meningkat 43 peratus berbanding suku sama tahun sebelumnya.

Pendapatannya pada suku itu meningkat kukuh kepada RM11.25 bilion. Pendapatan operasi bersihnya pada suku dikaji meningkat 8.1 peratus. Bagi keseluruhan tahun kewangan 2016, Maybank bagaimanapun, mencatat untung bersih yang lebih rendah pada RM6.74 bilion berbanding RM6.84 bilion tahun sebelumnya.

Namun begitu, kumpulan perbankan keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset itu mencatat pendapatan operasi bersih RM22.26 bilion, meningkat 4.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pengerusinya, Tan Sri Zaharuddin Megat Mohd Nor, berkata prestasi kumpulan perbankan terbesar di Malaysia itu masih utuh meskipun berdepan persekitaran mencabar. Beliau mengakui 2016 adalah tahun yang mencabar susulan harga komoditi yang rendah dan pelbagai peristiwa geo-politik. Beliau berkata demikian pada sidang media di sini hari ini.

SUMBER : Berita Harian

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s