LTAT bayar dividen, bonus 12 peratus

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan pembayaran dividen dan bonus pada kadar 12 peratus kepada ahli yang layak, membabitkan nilai keseluruhan RM685.5 juta.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam satu kenyataan, berkata pembayaran itu adalah hasil daripada kejayaan LTAT mencatatkan jumlah pendapatan RM811 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.

Beliau berkata, jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding RM766.8 juta yang dicatatkan pada tahun 2015, iaitu pulangan pelaburan sebanyak 5.8 peratus. “Bayaran dividen dan bonus ini, masing-masing meliputi enam enam peratus dividen dan bonus khas berbentuk unit amanah saham yang akan diberi secara percuma kepada para pencarum aktif.

“Dividen dan bonus ini akan mula dikredit ke dalam akaun ahli yang mencarum mulai esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Hishammuddin berkata, secara purata, kadar yang diisytiharkan tahun ini lebih tinggi berbanding purata kadar dividen dan bonus sejak LTAT ditubuhkan iaitu sebanyak 11.3 peratus.

Selain itu, katanya, jumlah aset LTAT setakat 31 Disember 2016 meningkat 2.2 peratus kepada RM9.5 bilion berbanding RM9.3 bilion pada tahun 2015, manakala akaun carumannya berjumlah RM8.6 bilion berbanding RM9 bilion pada tahun 2015. “Bagi tahun 2016, LTAT memproses permohonan pengeluaran caruman berjumlah RM1.7 bilion daripada 11,179 pencarum yang tamat perkhidmatan, selain melaksanakan pelbagai pembayaran, insentif dan sumbangan.

“Ia termasuk pembayaran kepada 1,952 pencarum yang layak membeli rumah pertama atau sebidang tanah bagi membina kediaman di bawah Skim Pengeluaran Perumahan LTAT, membabitkan jumlah keseluruhan RM15.9 juta. “Kita juga melaksanakan pembayaran bernilai RM5.7 juta kepada 170 waris yang meninggal dunia menerusi skim faedah kematian dan 55 pencarum membabitkan nilai RM1.8 juta di bawah skim faedah hilang upaya,” katanya.

Beliau berkata, LTAT menerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) berupaya melatih seramai 8,576 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan dan sudah bersara dalam pelbagai bidang kemahiran. Katanya, inisiatif itu bertujuan membantu mereka mendapatkan pekerjaan dalam pelbagai sektor selepas menamatkan perkhidmatan sebagai anggota tentera.

“Sehingga kini, seramai 202,366 anggota ATM sudah mengikuti latihan di PERHEBAT, justeru secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi LTAT bagi tahun 2016. “Saya berharap prestasi ini berupaya dikekalkan dan ditingkatkan pada tahun akan datang, sekali gus membantu memastikan kebajikan anggota serta veteran ATM sentiasa terpelihara,” katanya.

INFO

  • Pembayaran lain dilaksanakan LTAT bagi tahun 2016
  • RM3.7 juta – Pembiayaan program biasiswa dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan melalui Yayasan LTAT, membabitkan 4,172 anak anggota serta veteran ATM.
  • RM259,000 – Bayaran bantuan sara hidup melalui Yayasan LTAT kepada 79 ahli Persatuan Veteran ATM (PVATM) dan balu.
  • RM1.6 juta – Sumbangan kepada PVATM dan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) bagi membiayai pelbagai kegiatan kebajikan serta sukan ATM.
  • RM432,00 – Pengagihan sumbangan zakat perniagaan kepada Tabung Zakat ATM.
  • RM30 juta – Pembiayaan pembinaan kompleks Wisma Bintara di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.
  • RM10.6 juta – Pembayaran subsidi oleh PERNAMA bagi penjualan barangan ruji mengikut harga pasaran untuk meringankan beban anggota tentera.
  • RM5 juta – Pembiayaan melalui Yayasan LTAT bagi pembinaan sebuah bangunan asrama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
  • RM6 juta – Pembinaan sebuah lagi asrama di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam.
  • RM1 juta – Peruntukan untuk membiayai program ‘Chair For Leadership Study’ untuk mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dari tahun 2016 sehingga 2018.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s