Laksana GST tepat – PM

PUTRAJAYA 22 Feb. – Langkah berani kerajaan untuk melakukan perubahan struktur termasuk melaksanakan cukai barang dan perkhid­matan (GST) serta rasionalisasi subsidi merupakan keputusan tepat yang berjaya menambahkan hasil negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sekiranya perubahan struktur itu tidak dilakukan, usaha meletakkan ekonomi negara di atas landasan yang kukuh tidak mungkin dapat dilaksanakan.

Malah, kata beliau, tanpa keberanian dan kemahuan politik dalam melaksanakan perubahan struktur itu, aspek kesejahteraan rakyat juga mungkin sukar ditunaikan.

“Kalau kita tidak mempunyai asas ekonomi yang kukuh dan tidak mengelakkan ketirisan, maka kita tidak boleh mencapai kadar pertumbuhan yang agak tinggi atau sederhana tinggi seper­ti diharapkan.

“Dan kalau tidak berani membuat perubahan struktur bagi membetulkan kelemahan atau kepincangan tertentu, tidak mungkin kita dapat meletakkan ekonomi atas landasan yang kukuh malah dalam aspek kese­jahteraan rakyat juga mungkin sukar ditunaikan.

“Justeru itu, apabila kita melaksanakan GST, kita mendapat hasil sehingga RM41 bilion pada tahun lalu. Itu merupakan langkah yang amat berani dan dua buah negara akan ikut langkah kita iaitu India pada April tahun depan dengan kadar GST tertinggi sebanyak 23 peratus dan Arab Saudi, yang buat pertama kali akan laksanakan GST. Maknanya tidak salah apabila kita laksanakan GST, ia langkah tepat dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sanjungan Budi Setulus Ingatan Tahun 2015 dan 2016 Perbendaharaan Malaysia di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan berani melakukan perubahan struktur tersebut kerana mempunyai perancangan untuk pembangunan negara yang juga didorong dengan kesungguhan politik.

Kata beliau, pelaksanaan GST bukanlah sesuatu yang mudah malah terdapat pihak yang pernah memberi nasihat kepadanya agar tidak meneruskan pelaksanaan cukai berkenaan kerana dilihat akan menjadi punca kekalahan pada pilihan raya.

SUMBER : Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: