Laba Petronas Dagangan RM335.989 juta

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai (PBT) Petronas Dagangan Bhd pada suku keempat yang berakhir 31 Disember 2016, meningkat kepada RM335.989 juta berbanding RM125.284 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Kenaikan PBT itu disumbang daripada segmen runcit dan komersial, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, hari ini. Pendapatannya, bagaimanapun, jatuh sedikit kepada RM6.007 bilion berbanding RM6.018 bilion yang dicatatkan sebelum ini berikutan kemerosotan lima peratus dalam purata harga jualan yang diimbangi kenaikan empat peratus dalam kuantiti jualan.

Petronas Dagangan berkata, pendapatan segmen runcit jatuh sebanyak RM123.4 juta berikutan penurunan enam peratus dalam purata harga jualan, yang memberi kesan kepada Mogas dan Diesel meskipun kuantiti tinggi sebanyak dua peratus. “Keuntungan operasi bagi segmen itu mencatatkan kenaikan RM201.8 juta disumbang terutamanya daripada peningkatan marjin,” kata syarikat itu, sambil menambah pendapatan daripada segmen komersial meningkat RM115.9 juta susulan kenaikan lapan peratus kuantiti jualan.

Keuntungan operasi meningkat RM17.1 juta disebabkan terutamanya marjin yang bertambah baik daripada penerbangan dan kuantiti tinggi. Bagi tempoh 12 bulan, keuntungan sebelum cukai Petronas Dagangan meningkat kepada RM1.212 bilion berbanding RM1.082 bilion tahun lalu, disumbang daripada segmen runcit dan komersial.

Pendapatan merosot kepada RM21.786 bilion berbanding RM25.060 bilion sebelumnya berikutan kejatuhan 14 peratus dalam purata harga jualan. Petronas Dagangan berkata, pendapatan segmen runcit bagi tempoh itu berkurangan sebanyak RM1.50 bilion berikutan kejatuhan purata harga jualan sebanyak 12 peratus, memberi kesan kepada Mogas dan Diesel.

Sementara itu, keuntungan operasinya mencatatkan kenaikan RM155.8 juta berbanding tahun lalu meskipun merosot nilai belum terima subsidi sebanyak RM89.9 juta dalam suku kedua 2016. “Ini disebabkan terutamanya peningkatan marjin daripada Mogas sejajar dengan corak aliran kenaikan harga Mean of Platts Singapore (MOPS) dalam separuh kedua tahun ini serta kuantiti tinggi.

“Pendapatan lain juga tinggi hasil daripada terutamanya keuntungan penjualan aset tetap dan pendapatan faedah tinggi,” kata syarikat itu. Pendapatan daripada segmen komersial susut RM1,766.1 juta disebabkan penurunan 17 peratus purata harga jualan yang memberi kesan kepada diesel dan penerbangan.

“Penurunan sedikit keuntungan operasi sebanyak RM5.3 juta itu adalah disebabkan terutamanya perbelanjaan operasi tinggi yang diimbangi oleh marjin tinggi daripada penerbangan,” kata syarikat itu. Mengenai prospek masa depan, Petronas Dagangan berkata, persekitaran ekonomi dan perniagaan bagi tahun kewangan 2017 dijangka kekal tidak menentu.

Kumpulan itu berkata, ia akan terus menumpukan kepada pengurusan inventori, bekalan dan kecekapan pengedaran, serta mengoptimumkan perbelanjaan operasi bagi memastikan syarikat terus berdaya tahan dalam menghadapi persekitaran yang mencabar.

Segmen runcit akan tertumpu kepada meningkatkan kepuasan pelanggan dan perkhidmatan, memanfaatkan produk yang mendapat sambutan iaitu PRIMAX 95 with Advanced Energy Formula, PRIMAX 97 Euro 4M with Advanced Energy Formula dan DYNAMIC Diesel, serta penawaran bukan bahan api.

“Sejak Ogos 2016, DYNAMIC Diesel Euro5 dijual di 26 stesen minyak di Semenanjung Malaysia,” kata PETRONAS Dagangan. Sementara itu, segmen komersial akan memberi tumpuan kepada memaksimumkan nilai dengan menambah baik marjin dalam segmen produk dan pasaran sasaran, mengambil kesempatan daripada pelaburan sektor awam dan swasta dalam projek prasarana dan pembinaan.

“Selain itu, segmen komersial juga akan memanfaatkan logistik terbaiknya, perkhidmatan secara peribadi dan penawaran berbeza bagi mengekalkan pasaran sedia ada dan merebut peluang baharu,” kata syarikat itu. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s