Keuntungan sebelum cukai AirAsia meningkat kepada RM2.17b

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai AirAsia Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 meningkat kepada RM2.16 bilion daripada RM215.15 juta dalam tempoh yang sama 2015.

Pendapatan meningkat kepada RM6.92 bilion daripada RM6.29 bilion sebelumnya, kata syarikat penerbangan itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini. AirAsia berkata, prestasi pendapatannya yang lebih baik itu disumbang oleh pertumbuhan penumpang, pendapatan sampingan bagi setiap penumpang yang lebih tinggi dan kenaikan purata tambang, yang naik enam peratus kepada RM167.

Katanya, faktor muatan tempat duduk bagi tahun kewangan itu ialah 87 peratus, enam peratus lebih tinggi berbanding 2015. Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2016, keuntungan sebelum cukai syarikat penerbangan tambang rendah itu turun kepada RM349.19 juta daripada RM434.51 juta dalam tempoh sama 2015.

Pendapatannya susut kepada RM1.94 bilion daripada RM2.17 bilion sebelumnya. AirAsia berkata, pendapatan rendah bagi suku terbabit adalah disebabkan penurunan 48 peratus pendapatan pajakan operasi pesawat dan kemerosotan pendapatan sampingan bagi setiap penumpang.

Bagi 2017, AirAsia tetap yakin dengan prospeknya apabila ia terus memperoleh permintaan tinggi dalam kebanyakan sektor, ditambah dengan keadaan harga bahan api yang rendah sekarang. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s