China, Jetson JV raih sub-kontrak SUKE RM201.9 juta

KUALA LUMPUR: Pakatan usaha sama Jetson Construction – China Communication Construction JV menerima sub-kontrak lebuh raya bernilai RM201.9 juta daripada BBSB Holdings Sdn Bhd.

Kontrak Pakej CB5 Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) itu adalah bagi pembinaan dan penyiapan laluan utama dan kerja-kerja lain berkaitan lebuh raya.

Pakatan usaha sama yang tidak perbadankan itu adalah antara Jetson Construction Sdn Bhd dan The Fifth Branch of CCCC Third Highway Engineering Co Ltd. Jetson Construction adalah anak syarikat milik penuh Jetson manakala The Fifth Branch of CCCC Third Highway Engineering Co Ltd adalah anak syarikat China Communications Construction Company Ltd.

“Projek berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Jetson dan anak syarikatnya bagi tahun kewangan berakhir 2017 hingga 2019,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini. Ia juga menyatakan bahawa projek itu tidak akan memberi sebarang kesan terhadap modal saham Jetson serta struktur pemegangan sahamnya. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s