Axiata raih pendapatan RM21.6b

KUALA LUMPUR: Axiata Group Bhd (Axiata) meraih pendapatan RM21.6 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, meningkat 8.5 peratus berbanding RM19.9 bilion pada tahun kewangan 2015.

Ia kali pertama pendapatan yang diraih Axiata, antara syarikat telekomunikasi terbesar Asia melepasi angka RM20 bilion.

Perolehan sebelum cukai, kadar faedah, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) kumpulan dalam tahun dikaji pula meningkat 10 peratus kepada RM8 bilion, manakala margin meningkat 0.6 mata peratusan kepada 37.2 peratus disokong pendapatan lebih tinggi.

Bagaimanapun, pendapatan bersih Kumpulan tahun lalu terjejas disebabkan oleh tiga faktor iaitu perkembangan luar jangka, kos berkaitan pelaburan jangka panjang yang kebanyakannya adalah kos ditanggung sekali saja dan prestasi kurang memberangsangkan sebahagian syarikat sekutu.

Prestasi itu diumumkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Jamaludin Ibrahim pada taklimat media di sini, sebentar tadi.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s