TERAJU lancar makmal khas perkasa agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) akan melancarkan siri makmal khas pada bulan depan, bagi mencari pendekatan baharu untuk memperkasakan lagi agenda Bumiputera.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Husni Salleh, berkata makmal berkenaan membabitkan semua kementerian dan pihak berkepentingan lain seperti ahli perniagaan, wakil badan bukan kerajaan dan sebagainya. Katanya, menerusi makmal itu, TERAJU akan memperhalusi semula petunjuk prestasi utama (KPI) Bumiputera yang dibuat di seluruh agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan supaya ia lebih bermakna.

“Pada masa kini, KPI yang ada tidak boleh diterjemah dalam bentuk data atau kuantiti apabila dilihat secara menyeluruh. Jadi, menerusi makmal yang akan dilancarkan itu, pihak TERAJU boleh menilai semula program yang lebih memberi impak besar, ” katanya. Beliau menyatakan demikian dalam pertemuan dengan wartawan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) ketika melakukan lawatan ke Balai Berita, di sini, baru-baru ini.

Husni berkata, TERAJU yang kini memasuki tahun keenam penubuhannya sedang melakukan semakan semula keberkesanan program yang dilaksanakannya. Katanya, bagi program perdana seperti TERAS, pihaknya sudah mendapatkan khidmat perunding untuk mendapatkan pandangan bebas mengenainya.

“Berdasarkan maklum balas diterima, 76 peratus daripada syarikat di bawah program TERAS sudah menunjukkan perkembangan baik dengan berkembang melebihi purata Kadar Keluaran Dalam Negara (KDNK). “Ini bermakna syarikat yang dipilih adalah syarikat yang baik. Untuk tahun ini, kami merancang untuk menjadikan program perdana kami berkembang dalam skala yang lebih besar.

“Jika sebelum ini, mungkin kami hanya mengumpul 1,000 syarikat, tetapi untuk tahun ini kami mahu meluaskannya lagi kepada lebih banyak syarikat yang layak,” katanya.

INFO

  • TERAJU ialah unit strategik di Jabatan Perdana Menteri
  • Ia bertujuan menerajui, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara selaras dengan Pelan Transformasi Negara.
  • Sehingga kini, TERAJU menyediakan peluang perniagaan, pembiayaan perniagaan dan pembangunan modal insan, pelaburan swasta dan penciptaan nilai melebihi RM 77.56 bilion.
  • Inisiatif berkenaan dilaksanakan melalui pelbagai kementerian, sektor swasta, agensi kerajaan pelbagai peringkat dan Koridor Ekonomi.
  • Antara program rakan strategik TERAJU termasuk Dana Mudahcara, Carve-out & Compete, Skim Jejak Jaya Bumiputera, Dana Pengembangan Perniagaan dan Dana TeraS Pencapaian TERAJU
  • RM14.09 bilion pelaburan swasta Bumiputera dari Dana Mudahcara
  • RM2.86 bilion nilai dicipta selepas penyenaraian Skim Jejak Jaya Bumiputera
  • RM16.56 bilion pelbagai program pembiayaan & modal insan termasuk Dana Teras, Dana Mudahcara, Dana Pembangunan Halal, Dana Pengembangan Perniagaan dan SUPERB
  • RM71.6 bilion peluang perniagaan melalui Carve-Out & Compete, perolehan GLC dan GLIC di bawah Agenda Pemerkasaan Bumiputera (BEA) dan Pelupusan Aset GLC

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s