SDF-HSR dibangunkan secara holistik

PUTRAJAYA: Rangka Kerja Pembangunan Strategik (SDF) Projek Kereta Api Laju Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) akan dibangunkan secara holistik bagi menjana pertumbuhan di sepanjang koridor projek berkenaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Dalam ucaptamanya ketika melancarkan SDF di sini, hari ini, beliau berkata pendekatan SDF yang bercirikan holistik itu dibangunkan bersama oleh semua pihak berkepentingan (di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan) serta wakil sektor swasta, MyHSR Corporation dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).

“SDF menggariskan tiga komponen iaitu ekonomi, inklusif dan kemampanan,” katanya. Beliau berkata, persiapan bagi pelaksanaan itu akan turut membabitkan penyertaan pihak berkepentingan, termasuk menerusi penganjuran beberapa siri bengkel di setiap bandar di sepanjang koridor HSR, selain sesi kerja dan makmal yang membabitkan orang ramai dan sektor swasta.

Program penyertaan pihak berkepentingan itu akan bermula minggu depan selama dua bulan di Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Putri. Rahman berkata, projek HSR Kuala Lumpur-Singapura itu turut disenaraikan oleh Laporan Infrastruktur Global 2016 sebagai projek infrastruktur strategik utama dunia dari segi sumbangannya terhadap produktiviti ekonomi, kompetitif dan mampan.

“Bagi mendapatkan manfaat projek HSR ini, kita perlu memastikan untuk meletakkan asas yang tepat bagi pertumbuhan serta pembangunannya. “Ia memerlukan perancangan pembangunan penyepaduan sosio-ekonomi dengan pelaksanaan infrastruktur. “Ini adalah strategi yang terbukti berjaya di bandar-bandar seluruh dunia yang meraih manfaat daripada projek kereta api berkelajuan tinggi masing-masing,” katanya. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s