KWSP fokus perkukuh aset

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberikan perhatian mengukuhkan aset pada tahun ini, khususnya melalui pelaburan di dalam sektor infrastruktur dan hartanah serta ekuiti swasta.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata tumpuan mengukuhkan pelaburan di dalam sektor berkenaan adalah disebabkan ia menyediakan pulangan inflasi lebih baik, yang sentiasa menjadi sasaran asas kepada KWSP.

“Sudah pasti kami akan terus melabur di dalam pasaran pendapatan tetap, namun ia amat bergantung kepada (prestasi) pasaran, ” katanya pada taklimat media mengenai dividen KWSP bagi 2016 di sini, sebentar tadi. Sabtu lalu, KWSP mengumumkan dividen 5.70 peratus untuk tahun 2016, dengan jumlah pengagihan sebanyak RM37.08 bilion.

KWSP mencatatkan pelaburan kasar RM46.56 billion pada 2016, meningkat 5.25 peratus berbanding RM44.23 billion pada 2015. Bagaimanapun, Shahril berkata, dividen yang lebih rendah diagihkan tahun lalu ada disebabkan susut nilai lebih tinggi berikutan prestasi Bursa Malaysia lebih pada 2016.

Mengenai Simpanan Shariah, beliau berkata skim berkenaan dijangka menarik penyertaan lebih ramai pencarum apabila KWSP mengumumkan kadar dividennya kelak. Buat masa ini, skim berkenaan menarik aset bernilai kira-kira RM59 billion daripada RM100 bilion yang diperuntukkan.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s