Industri getah masih berpotensi besar

KLANG: Industri getah Malaysia bukan industri yang malap susulan permintaan tinggi bagi produk getah dengan kejuruteraan bernilai tinggi dari pelbagai negara, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan produk getah dengan kejuruteraan bernilai tinggi yang digunakan terutamanya dalam bidang kejuruteraan gempa bumi dan getaran. Siew Keong berkata, pengeluar Malaysia telah membekalkan galas getah seismik ke negara-negara yang mempunyai aktiviti seismik yang tinggi seperti New Zealand, Iran, Indonesia, Turki dan China.

“Produk getah kita bertaraf dunia. Oleh itu, industri getah sudah tentu bukan industri yang malap,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Doshin Rubber Products (M) Sdn Bhd di sini, hari ini. Siew Keong berkata, produk hiliran getah di Malaysia akan menjadi sebahagian daripada Transformasi Nasional 2050 ke arah mengeluarkan produk dengan nilai tambah yang tinggi dan berteknologi tinggi.

Beliau turut memuji Doshin, antara pengeluar produk getah terbesar bagi tujuan kejuruteraan, yang bukan sahaja mengeluarkan galas berstruktur, tetapi juga menjadi penggiat utama dalam industri penebat getaran dan perlindungan daripada gempa bumi.

Siew Keong berkata, eksport galas berstruktur, yang dikategorikan sebagai produk teknikal dalam sektor barangan getah industri dan am, mencatat peningkatan yang ketara sejak beberapa tahun ini. Beliau berkata, eksport galas berstruktur Malaysia meningkat sebanyak 36.2 peratus kepada RM14.14 juta pada 2016 berbanding RM10.38 juta pada 2015. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s