Ekonomi lebih kukuh tahun ini – MIDF

KUALA LUMPUR: Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) menjangka tahun ini tahun yang lebih positif bagi ekonomi dengan pasaran bon dan tawaran awam permulaan yang agak aktif.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Mohd Najib Abdullah, berkata banyak ketidaktentuan pasaran dan persekitaran global pada tahun lalu dijangka dapat diatasi pada awal tahun ini. “Saya fikir kita akan mempunyai tahun yang lebih baik. Berdasarkan kajian kami mengenai pasaran, 2017 akan menjadi tahun yang lebih positif bagi ekonomi dan juga dari segi korporat,” katanya kepada pemberita pada majlis makan tengah hari media bersama MIDF di sini, hari ini.

Mohd Najib berkata jangkaan itu turut disokong oleh jumlah mandat dan urus niaga dalam perancangan yang kini sedang dilaksanakan. MIDF juga menjangka pertumbuhan portfolio pinjaman yang lebih baik pada tahun ini, sejajar dengan unjuran kebanyakan bank yang lebih baik, katanya.

“Bagi pasaran bon, kami ternyata memerlukan mandat untuk pengumpulan dana kira-kira lebih 20 peratus berbanding tahun lepas,” katanya. Bank turut menyasarkan FBM KLCI untuk mencecah 1,850 mata menjelang akhir tahun. Dari segi dana asing, Mohd Najib berkata, ia agak pantas.

“Kadang kala ia masuk, kadang kala ia keluar. Boleh berubah. Tidak bermakna apabila ia keluar dari pasaran saham, ia keluar dari negara. Ia boleh berubah daripada ekuiti kepada tunai kepada pendapatan tetap. “Saya tidak akan menggunakan penyertaan asing dalam pasaran saham sebagai ukuran kepada kekayaan atau kedudukan pasaran,” katanya.

Mohd Najib berkata, MIDF tidak mempertimbangkan untuk meneruskan cadangan penggabungan dengan Asian Financial Bank Bhd tetapi menyasarkan peluang bagi langkah penggabungan dan pengambilalihan. “Kami menelitinya dan kami berasakan daripada perspektif pelaburan kami, ia tidak adil kepada kami,” katanya.

Mengenai hasrat Sime Darby Bhd untuk membahagikan perniagaannya dan menyenaraikannya secara berasingan, Mohd Najib berkata, langkah itu baik untuk konglomerat tersebut dan pemegang sahamnya. Ia akan memberi tumpuan kepada syarikat untuk melihat bidang atau industri yang mereka berminat untuk melabur. -BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s