Agenda Bumiputera bukan agenda perkauman – TERAJU

KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Datuk Husni Salleh menolak tanggapan pihak tertentu yang melabelkan penubuhan unit itu sebagai perkauman dan tidak adil kepada komuniti lain.

Beliau yang sama sekali tidak bersetuju apabila agenda Bumiputera disamakan dengan agenda perkauman, menegaskan apa yang TERAJU lakukan secara asasnya memberi peluang kepada negara ini untuk menjadi lebih berdaya saing.

“Apabila memperkatakan mengenai Bumiputera, saya akui kita agak terkebelakang berbanding kaum lain kerana kebanyakan Bumiputera adalah generasi pertama yang bergelar ahli perniagaan. “Jumlah kita (Bumiputera) juga masih kecil walaupun kita adalah kaum majoriti di negara ini. Jadi, saya lihat kita perlukan satu pendekatan lebih khusus untuk Bumiputera.

“Kita tidak ambil peluang komuniti bukan Bumiputera dan memberikannya kepada Bumiputera,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini. TERAJU ditubuhkan untuk menerajui, menyelaras dan memacu agenda Bumiputera dalam usaha meningkatkan penguasaan kaum pribumi itu dalam ekonomi negara.

Husni berkata, pihaknya memberi tumpuan untuk membina komuniti Bumiputera di negara ini, terutama dalam memastikan mereka tidak jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi dan perniagaan. “Secara kasarnya, walaupun pendapatan Bumiputera di negara ini sudah meningkat, tetapi ia masih ketinggalan berbanding bukan Bumiputera. “Ini semua mempunyai kaitan dengan kuasa penggunaan.

Kita perlu mencari jalan untuk menggunakan dasar supaya ada peluang pekerjaan dan pendidikan yang lebih adil kepada Bumiputera,” katanya. Beliau berkata, TERAJU perlu mengukuhkan pembinaan kapasiti serta keupayaan serta cara pemikiran, dan pada masa sama memastikan kerajaan tidak meminggirkan bangsa lain. “Ini kerana ada banyak program lain juga yang dibuat khusus untuk membantu perniagaan bukan Bumiputera yang layak untuk mendapat bantuan.

“Disebabkan jumlah komuniti Bumiputera yang lebih ramai, itulah sebabnya agenda Bumiputera dilihat lebih besar berbanding yang lain. “Bagaimanapun, hasrat kerajaan adalah untuk memastikan ketidakseimbangan yang berlaku dalam negara pada masa ini dapat dikecilkan,” katanya.

SUMBER : Berita Harian

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s