KWSP catat pendapatan pelaburan kasar RM46.56b

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatat pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM46.56 bilion pada 2016, merupakan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sejak penubuhannya pada 1951 dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 11.10 peratus sejak 2001.

Ia adalah peningkatan sebanyak 5.25 peratus berbanding RM44.23 bilion pada 2015, kata Pengerusinya Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. Beliau berkata, semasa tahun tersebut, ekuiti kekal sebagai penyumbang utama pendapatan sebanyak 57.68 peratus, atau RM26.85 bilion, naik 3.23 peratus berbanding RM26.01 bilion pada 2015.

Pelaburan KWSP dalam instrumen berpendapatan tetap yang merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia & Bon Sama Taraf serta Pinjaman & Bon menyumbang 34.87 peratus, atau RM16.23 bilion, daripada RM46.56 bilion pendapatan pelaburan untuk tahun tersebut. KWSP mengisytiharkan dividen 5.7 pada 2016.

Samsudin berkata, hartanah dan infrastruktur menyumbang RM2.49 bilion pendapatan pelaburan untuk 2016 dengan pertumbuhan tahunan 46.04 peratus berbanding 2015, manakala Instrumen Pasaran Wang menyumbang RM982.28 juta pendapatan untuk tahun tersebut. “Pada ketika prestasi bon dan pasaran ekuti tempatan mengalami penurunan, strategi pempelbagaian KWSP dalam aset dan matawang global telah membenarkan pengambilan untung daripada pelbagai pasaran sepanjang tahun, seterusnya membantu dalam meningkatkan prestasi,” katanya.

Pelaburan luar negara, yang mewakili 29 peratus daripada keseluruhan aset pelaburan, menyumbang 39 peratus kepada pendapatan pelaburan kasar sepanjang tahun, seterusnya menambah nilai kepada pulangan keseluruhan pelaburan KWSP. “Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI, yang mempunyai hampir 33 peratus pendedahan kepada sektor perbankan, merekodkan pulangan negatif untuk tiga tahun berturut-turut dengan pulangan tahun 2016 sebanyak -3.00 peratus.

“Ini memberi kesan terhadap nilai pasaran aset tersenarai yang dipegang oleh KWSP memandangkan lebih 70 peratus jumlah aset pelaburan dilabur dalam pasaran domestik,” kata Samsudin. Di peringkat global, harga minyak mentah dunia yang jatuh sehingga US$30 setong telah menjejaskan penilaian terhadap syarikat tersenarai dalam sektor minyak dan gas.

Justeru itu, sebagai dana simpanan persaraan yang berhemah, kami perlu untuk merekodkan penyusutan nilai pasaran dalam penyata kewangan kami, katanya. Selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS 139), KWSP dikehendaki mengisytihar rosot nilai bersih sebanyak RM8.17 bilion berbanding RM3.07 bilion pada 2015, bagi mencerminkan penurunan harga ekuiti, terutamanya dalam sektor perbankan domestik serta minyak dan gas bagi pasaran domestik dan luar negara.

Bagaimanapun, aset pelaburan KWSP yang bernilai RM731.11 bilion setakat 31 Disember 2016 berbanding jumlah simpanan ahli sebanyak RM704.27 bilion menandakan kekukuhan portfolio pelaburannya. Setakat 31 Disember 2016, sebanyak 48.58 peratus daripada aset pelaburan KWSP dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap dan 42.33 peratus dalam ekuiti, manakala selebihnya 4.03 peratus dan 5.06 peratus masing-masing dalam hartanah dan infrastruktur serta instrumen.

Oleh itu, secara semulajadinya prestasi pelaburan KWSP adalah menjurus ke arah pulangan instrumen berpendapatan tetap, kata Samsudin. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s