Konsortium 3 syarikat peroleh kontrak pembangunan HSR

KUALA LUMPUR: MyHSR Corp Sdn Bhd dan Land Transport Authority (LTA) Singapura memberi kontrak Rakan Kongsi Pembangunan Bersama (JDP) bagi Projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura kepada konsortium yang dianggotai tiga syarikat.

“Konsortium itu terdiri daripada WSP Engineering Malaysia Sdn Bhd, Mott MacDonald Malaysia Sdn Bhd dan Ernst & Young Advisory Services Sdn Bhd,” menurut MyHSR dan LTA dalam satu kenyataan bersama di sini tadi.

Menurut mereka, JDP akan menyediakan sokongan pengurusan projek dan nasihat teknikal bagi sistem HSR serta operasinya selain pembangunan teknikal dan standard keselamatan untuk diterapkan dalam projek itu.

“Rakan Kongsi Pembangunan Bersama akan turut membantu MyHSR dan LTA membangunkan persediaan dokumen untuk penawaran tender akan datang khususnya untuk aspek kepentingan bersama dalam projek itu seperti melantik AssetsCo dan OpCo Antarabangsa,” berkata.

Ketua Eksekutif MyHSR, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, berkata perlantikan JDP itu menandakan permulaan yang sangat menarik bagi projek HSR Kuala Lumpur-Singapore menjadi realiti.

Konsortium WSP Engineering, Mott MacDonald dan Ernst & Young Advisory Services akan menyertai pasukan projek MyHSR dan LTA untuk membangunkan projek terbabit. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s