Aliran keluar bon Malaysia stabil – RAM Ratings

KUALA LUMPUR: Kadar aliran keluar pelaburan asing di Malaysia dalam bentuk bon adalah perlahan iaitu 1.8 peratus pada Januari lalu berbanding 2.4 peratus aliran keluar bersih pada Disember 2016.

Menurut RAM Ratings, pegangan asing Sekuriti Kerajaan Malaysia adalah 46 peratus daripada pegangan keseluruhan, berbanding 47.1 peratus pada Disember lalu. “Selain samping itu, permintaan asas bagi pelaburan jangka panjang adalah tidak terjejas,” menurut agensi penarafan itu dalam kenyataan hari ini.

Agensi penarafan tempatan itu menambah, selepas Januari dipenuhi dengan pelbagai peristiwa dasar awam global, sentimen risiko kini adalah tinggi. “Ini susulan kesungguhan pentadbiran (Presiden Amerika Syarikat) Donald Trump untuk melaksanakan beberapa dasar luar baharu sehinggalah kebangkitan nasionalisme di Eropah, ketidaktentuan masih ada dan berkemungkinan kekal demikian pada masa depan yang boleh dijangka,” katanya.

Akibat daripada kadar penyederhanaan aliran keluar dana asing bagi Malaysia, RAM Ratings berkata hasil menjadi normal, dengan hasil penurunan bagi peralihan kematangan dalam semua kelas aset. Katanya, terbitan kasar sekuriti kerajaan bernilai sehingga RM14 bilion pada Januari berbanding RM2 bilion pada Disember 2016.

“Terbitan yang kukuh itu adalah bertepatan dengan keperluan pembiayaan yang meningkat bagi kerajaan tahun ini. Selain itu, terbitan kasar kertas korporat adalah suram, dengan nilai terbitan keseluruhan hanya RM1.6 bilion,” menurut agensi itu. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s