KDNK 2016 tanda pemulihan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR: Penganalisis berpendapat prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2016 yang melebihi jangkaan menjadi petunjuk bermulanya pusingan pemulihan ekonomi negara.

Bank Negara, dalam satu kenyataannya tengah hari tadi, mengumumkan Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK 4.2 peratus bagi keseluruhan tahun 2016 dengan suku keempat meneruskan lonjakan kadar 4.5 peratus.

Walaupun kadar itu lebih perlahan berbanding tahun sebelumnya, namun ia sejajar unjuran rasmi kerajaan untuk tahun lalu antara empat peratus hingga 4.5 peratus Ketua Ahli Ekonomi, Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata prestasi sukuan menunjukkan pemulihan ekonomi bermula suku kedua tahun lalu namun masih secara keseluruhannya masih rapuh.

Katanya, walaupun purata pertumbuhan pada suku kedua 2016 mencatatkan peningkatan ketara 4.4 peratus berbanding 4.1 peratus suku pertama 2016, rata-rata penganalisis masih bimbang dengan corak pertumbuhan perbelanjaan swasta. “Purata pertumbuhan perbelanjaan swasta dari suku pertama 2010 hingga suku keempat 2016 adalah 6.9 peratus, maka pertumbuhan 6.2 peratus itu kira macam terlalu di bawah prestasi dan kita tahu sumbangan perbelanjaan swasta kepada KDNK melebihi 50 peratus.

“Ia selari dengan sentimen pengguna yang masih pesimistik, berdasarkan Indeks Sentimen Pengguna (CSI) yang dikeluarkan oleh pihak MIER yang berada pada paras 69.8 mata untuk suku ke empat,” katanya kepada BH di sini, tengah hari tadi.

Mengulas prospek prestasi KDNK 2017, beliau berkata, kami mengunjurkan ekonomi akan bertumbuh pada kadar 4.4 peratus disokong pelaksanaan projek infrastruktur, peningkatan harga komoditi, pertambahan pelancong asing serta lonjakan eksport.

“Bagaimanapun, pengguna dijangka akan lebih berhati-hati berikutan kos sara hidup yang tinggi dan akan memberi kesan langsung terhadap corak penggunaan swasta yang sememangnya menjadi komponen terbesar dalam KDNK,” katanya.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s