Geran atau Grant dapat diertikan sebagai:
1. Sumbangan kewangan oleh kerajaan atau institusi swasta kepada kerajaan negeri, pertubuhan, orang perseorangan ataupun syarikat, untuk membiayai sesuatu rancangan khusus seperti penyelidikan, pendidikan ataupun sebarang usaha kebajikan.
2. Perakuan undang-undang tentang pindahan harta seperti tanah, kenderaan dan kediaman. Geran mempunyai maklumat seperti saiz dan kedudukan harta, pemilik dan jenis pemilikan.