Guna Tenaga Penuh atau Full Employment merupakan keadaan apabila semua sumber ekonomi iatu buruh, tanah, modal dan usahawan yang ada dalam sesebuah negara digunakan sepenuhnya.
Dalam realiti, keadaan guna tenaga penuh tidak boleh dicapai. Walau bagaimanapun, secara praktiknya, ahli ekonomi mengatakan sesebuah negara telah mencapai guna tenaga penuh sekiranya terdapat kedar pengangguran rendah, iatu kira-kira 3% hingga 5% dan pengangguran yang berlaku merupakan pengangguran geseran dan kadang-kadang pengangguran struktur yang sentiasa ada dalam jangka pendek.