14.79j tenaga buruh di Malaysia pada Disember 2016

PUTRAJAYA: Bilangan tenaga buruh di negara ini pada Disember 2016 adalah 14.79 juta, turun 0.3 peratus berbanding 14.83 juta bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, kadar penyertaan tenaga buruh pada Disember 2016 adalah 67.6 peratus, turun 0.1 mata peratus berbanding bulan sebelumnya. Perbandingan tahun ke tahun pula menunjukkan kadar penyertaan tenaga buruh pada Disember 2016 turun 0.3 mata peratus berbanding Disember 2015, katanya.

Menurut jabatan itu, kadar pengangguran di negara ini pada Disember 2016 adalah 3.5 peratus, naik 0.1 mata peratus berbanding bulan sebelumnya dan begitu juga perbandingan tahun ke tahun (Disember ke Disember) meningkat 0.1 mata peratus.

Jabatan itu berkata, maklumat itu diperoleh daripada Penyiasatan Tenaga Buruh (PTB) yang dilaksanakan untuk mengumpul maklumat berkaitan struktur dan taburan tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran di negara ini. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s