Untung Khazanah naik 32 peratus kepada RM1.56b tahun lalu

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd terus mencatatkan peningkatan nilai portfolio pelaburannya sejak Mei 2004, meskipun berhadapan tempoh amat mencabar pada tahun lalu.

Nilai portfolio pelaburan Khazanah yang diukur menerusi Nilai Bersih Diselaraskan (NWA) meningkat lebih tiga kali ganda kepada RM101.9 bilion setakat 31 Disember 2016 daripada RM33.3 bilion pada Mei 2004.

Nilai Aset Boleh Direalisasi (RAV) pula mencecah RM145.1 bilion setakat 31 Disember 2016, meningkat 2.8 kali ganda daripada RM50.9 bilion pada Mei 2004. Kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) NWA dan RAV Khazanah pula masing-masing adalah 9.3 peratus dan 8.6 peratus.

Nisbah berkenaan meletakkan kedudukan agak kukuh bagi Khazanah untuk bergerak ke hadapan menuju ke tahun yang dijangka menyaksikan persekitaran tidak menentu akan berterusan.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata syarikat mencatatkan keuntungan dan prestasi berdaya tahan pada 2016, di tengah-tengah persekitaran ekonomi global mencabar serta tidak menentu yang menjejaskan semua pasaran penanda aras dan mata wang.

“Di sebalik kelemahan umum di dalam persekitaran pasaran global di samping pasaran ekuiti dan mata wang, kualiti serta kekukuhan portfolio Khazanah memastikan penghasilan nilai jangka panjang tetap bertahan,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, hari ini.

Bagi tahun kewangan 2016, Khazanah mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM1.56 bilion, meningkat 32 peratus berbanding RM1.18 bilion yang direkodkan pada 2015. Keuntungan sebelum cukai terkumpul sayap pelaburan kerajaan itu sejak Mei 2004 sudah mencecah RM25.08 bilion.

Khazanah mengisytiharkan dividen RM650 juta bagi 2016, dengan jumlah dividen yang diisytiharkan sejak Mei 2004 adalah RM9.11 bilion. Cukai yang dibayar tahun lalu adalah RM123 juta, menjadikan jumlah cukai yang dibayar sejak 2004 berjumlah RM1.55 bilion.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s