Najib lawat Gu’an New Industry City

BEIJING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melawat Gu’an, sebuah bandar pintar dan inovasi, mesra perniagaan dan contoh bandar industri pada masa depan.

Terletak kira-kira 50 kilometer ke selatan Beijing, Gu’an dalam wilayah Hebei menempatkan pelbagai industri, terutama dalam lima bidang yang difokuskan kerajaan China iaitu aeroangkasa, perubatan bio, pembuatan peralatan bermutu tinggi, e-dagang dan industri perkhidmatan moden.

Bandar itu dimajukan CFLD International sejak 2002 berkonsepkan pembangunan bersepadu merangkumi perumahan mewah, kelab golf, sekolah, hospital, pusat penyelidikan dan pembangunan, industri berteknologi tinggi dan gudang e-dagang canggih.

Sebaik tiba di dewan pameran CFLD, Najib diberi taklimat mengenai pelan perancangan bandar itu oleh Presiden CFLD International, Jerry Zhao. Perdana Menteri turut diberi taklimat mengenai perkembangan teknologi paparan AMOLED yang digunakan sebagai paparan produk seperti telefon bimbit.

CFLD kini membangunkan generasi ke-6 teknologi AMOLED dengan kerjasama Tsinghua Visionox dan Govisionox Optoelectronics Co Ltd.  Najib kemudian melawat Pusat Pengedaran JD E-Commerce, satu daripada syarikat terbesar e-dagang di China sebelum menikmati pemandangan indah dan menyiram pokok di Taman Tasik Peacock sebagai tanda lawatannya ke Gu’an.

Beliau yang menjadi pemimpin negara pertama melawat bandar yang cantik itu mengambil kesempatan bergambar dengan beberapa hadirin.   Menurut kenyataan yang diberikan kepada media, Gu’an mengalami transfomasi menjadi bandar industri bertaraf antarabangsa sehingga mampu menjana pendapatan fiskal AS$830 juta (RM3.4 bilion) tahun lalu.

Selain menyediakan pekerjaan kepada warga tempatan, Gu’an dalam tempoh singkat menjadi bandar pintar dan inovasi dan mesra perniagaan. Setakat ini Gu’an yang ditanam pelbagai pokok didiami kira-kira 490,000 penduduk tetapi sasarannya satu juta penduduk.

GFLD setakat ini sudah melabur AS$4.8 bilion (RM20 bilion) untuk membangunkan Gu’an. Pada tahun ke-14 penubuhannya tahun ini, CFLD bekerjasama dengan Universiti Tsinghua, Universiti Peking dan Taman Sains dan Teknologi Zhongguancun dalam usaha menjadikan bandar itu sebagai Pusat Teknologi Global.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s