Institut Perakaunan Malaysia atau Malaysia Institute of Accountants (MIA) ditubuhkan di bawah Akta Perakaunan 1967 sebagai badan berkanun perakaunan yang mengawal, membangun, menyokong dan meningkatkan integriti dan status profesion akauntan disamping mendukung kepentingan awam.
MIA menghubungkan ahli-ahlinya menerusi pelbagai program pembangunan profesional, maklumat terkini dan turut bekerja rapat bersama-sama rakan perniagaan strategik dan pihak berkepentingan.
FUNGSI MIA
Seksyen 6 Akta Akauntan 1967 (Akta) menyatakan fungsi Institut adalah:
- Menentukan kelayakan seseorang untuk diterima masuk sebagai ahli;
- Menyediakan latihan dan pendidikan oleh Institut atau badan lain, kepada seseorang yang sedang mengamalkan atau ingin mengamalkan profesion perakaunan;
- Meluluskan Peperiksaan Kelayakan MIA (QE) dan untuk mengawal dan menyelia pelaksanaan Peperiksaan tersebut;
- Mengawal selia amalan profesion perakaunan di Malaysia;
- Mempromosi, dalam apa-apa cara yang difikirkan patut, untuk kepentingan profesion perakaunan di Malaysia;
- Memberi bantuan kewangan atau lain-lain kepada ahli mereka yang difikirkannya patut, dengan niat untuk melindungi atau meningkatkan kebajikan ahli; dan
- Secara umum melaksanakan apa yang difikirkannya patut bagi maksud mencapai mana-mana matlamat tersebut di atas.