Janji niaga mega di China catat AS$31b tahun lalu

HONG KONG: Janji niaga mega di China mencatat rekod sebanyak AS$31 bilion dalam pelaburan modal teroka (VC) pada 2016, walaupun ekonomi global yang perlahan dan penurunan mendadak dalam penawaran baharu, demikian menurut laporan dikeluarkan hari ini.

Pelaburan modal teroka di China meningkat 19 peratus kepada kira-kira satu perempat daripada jumlah global sebanyak AS$127 trilion tahun lalu, walaupun tawaran menurun 42 peratus kepada hanya 300, menurut laporan suku tahunan KPMG mengenai trend VC global.

China menyaksikan dua perjanjian terbesar pada separuh pertama 2016 iaitu AS$1.2 bilion untuk pembiayaan platform Lufax dan AS$1 bilion pelaburan Apple menerusi aplikasi teksi, Didi Chuxing. Walaupun sentimen pelabur menjunam 9.4 peratus dalam nilai pelaburan global dan menyusut 24 peratus dalam jumlah perjanjian pada 2016, purata pelaburan di China semakin meningkat.

Jumlah perjanjian di China mencatatkan lebih separuh dalam tempoh tiga tahun, namun nilai pelaburan meningkat tiga kali ganda daripada AS$12 bilion pada 2014. Beijing sahaja menarik lebih AS$37.3 bilion modal teroka sejak tahun lalu, termasuk AS$18.5 bilion pada 2016.

Prestasi kukuh di China dijangka berterusan tahun ini dengan risikan pembuatan, yang mana pelaburan semakin meningkat, dijangka menjadi tumpuan baharu pelabur, kata KPMG.

Laporan itu menyebut, pelaburan keluar VC China terutama di Amerika Syarikat dijangka berkembang pada kadar kukuh, didorong oleh keinginan syarikat China untuk mendapatkan teknologi untuk digunakan dalam pasaran tempatan.

“Pelabur di Asia mengalihkan tumpuan pelaburan mereka,” kata Ketua Teknologi dan Rakan Kongsi KPMG China, Philip Ng. “Risikan pembuatan, robotik dan data besar menggantikan atas talian kepada luar talian yang meraih nilai pelaburan manakala terdapat juga tumpuan dalam sektor fintech, pendidikan dan kesihatan,” katanya. – Reuters

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s