Tok Bali bakal jadi pemangkin pertumbuhan Kelantan – ECERDC

KUALA LUMPUR: Tok Bali yang dibangunkan sebagai kawasan pertumbuhan baharu Kelantan untuk pelaburan, bersedia berkembang dengan lebih pantas lagi dengan pembangunan Taman Perindustrian Tok Bali (TBIP), kata Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Dalam satu kenyataan hari ini, majlis itu berkata taman perindustrian itu akan memenuhi jangkaan pertumbuhan dalam pelaburan swasta di wilayah berkenaan dan pembinaan projek itu dijangka bermula tahun depan.

TBIP, pusat perindustrian baru, akan disokong projek Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali dan Pangkalan Bekalan Tok Bali, yang akan siap pada suku pertama tahun ini, kata majlis itu.

“Pembangunan yang berterusan dan masa depan di Kelantan adalah sebahagian daripada agenda Kerajaan Persekutuan untuk memacu transformasi berterusan melalui pelaburan lebih besar dalam bidang pertumbuhan baharu termasuk Tok Bali, ” kata Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issace John.

ECERDC Kelantan mengadakan mesyuarat pelaksanaan dan penyelarasan di Kota Bharu hari ini yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Pelaburan kerajaan dalam projek infrastruktur awam utama seperti Pelabuhan Tok Bali, Jambatan Pengkalan Kubor Tak-Bai Narathiwat dan Lebuhraya Pantai Timur dijangka merangsang lagi pelaburan, kata majlis itu.

Ia berkata, landasan kereta api Pantai Timur akan membawa perubahan besar memandangkan ia akan menghubungkan taman perindustrian utama dan kawasan pertumbuhan di Kelantan termasuk Tok Bali, Kota Bharu dan Tumpat.

“Satu lagi projek utama yang dijangka siap pada Mac 2017 ialah Loji Rawatan Air Kelar yang akan memberi manfaat kepada isi rumah dan perniagaan di Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang,” kata ECERDC.

Majlis itu juga akan bekerjasama dengan Universiti Teknologi MARA untuk mempromosikan industri batik tempatan yang penting dari segi budaya dan sumbangan ketara dari segi ekonomi kepada negeri itu.

Selain itu, ECERDC sudah mengenal pasti Bukit Bunga sebagai destinasi pelancongan utama dengan pembangunan Plaza Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand, pusat sehenti bagi usahawan tempatan mempromosikan dan memasarkan produk tempatan mereka.

Pembangunan plaza baru di Bukit Bunga, sebuah kampung di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan, dijangka bermula pada suku ketiga 2017. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s