Tiada halangan Proton jual ekuiti kepada rakan asing

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mempunyai sebarang masalah atau isu berhubung tindakan DRB-Hicom Bhd melepaskan 51 peratus kepentingannya dalam Proton Holdings Bhd (Proton) sejajar usaha mendapatkan rakan kongsi strategik asing (FSP) bagi pengeluar kereta nasional berkenaan.

Malah, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menganggap perkembangan itu baik untuk Proton dan membolehkannya muncul sebagai jenama antarabangsa yang dikenali berbanding hanya bertumpu di peringkat tempatan dan menjual antara 200,000 dan 300,000 unit kenderaan yang disifatkannya sebagai tidak memadai.

“Apa yang penting adalah untuk membawa lebih ramai pelabur ke Malaysia dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis sambutan Tahun Baru Cina Persatuan Rangkaian Peruncit Malaysia, baru-baru ini.

Jelas Johari, Proton juga bukan lagi milik kerajaan dan ia tidak berhasrat mempunyai sebarang kepentingan dalam pengeluar kereta nasional berkenaan. Sehubungan itu, katanya tidak timbul sebarang masalah untuk Proton meneruskan rancangannya kerana ia milik persendirian dan sebarang usaha mencampuri urus niaganya adalah tidak wajar.

Bagaimanapun, tegasnya kerajaan akan terus memberi pandangan terhadap Proton. Menurutnya, Proton memerlukan satu rakan kongsi strategik asing untuk membolehkan usaha penerapan teknologi baharu selain memperkenalkan kereta lebih baik dan boleh dibeli di peringkat global.

“Jika Proton sekadar berdiri sendiri, ia tidak boleh berkembang di persada antarabangsa. “(Sekiranya) kita mengeluarkan kereta hanya untuk (pasaran) Malaysia, maka ini tidak mampu bertahan (lama) kerana kita cuma ada seramai 31 juta penduduk. Kita juga ada Perodua (Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd) dan jenama kereta lain.

“Bagi saya, ini membabitkan aspek jumlah serta kualiti dan teknologi selain reka bentuk yang baik. Ini semua pelengkap bagi menghasilkan kereta yang bagus dan akan dibeli pengguna,” katanya. Sambil menegaskan bahawa Proton adalah jenama yang baik, Johari berkata Proton juga perlu mampu menjual keluarannya ke luar negara serta memperkenalkan lebih banyak model baharu.

Malah, jenama (automobil) yang dominan juga perlu mempunyai rakan asing, katanya. Johari juga mengakui satu atau dua rakan tempatan telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Proton menerusi pemilikan kepentingan kurang 50 peratus.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata pihak yang berminat dengan Proton perlu berbuat demikian sebelum 15 Februari 2017. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s