Model ekonomi sekarang cukup untuk kekalkan kadar GST – Ali Hamsa

PUTRAJAYA: Kerajaan akan terus melaksanakan model ekonomi seperti yang diamalkan sekarang dalam mengelak kenaikan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pelbagai langkah telah diambil dalam mencapai sasaran pengukuhan fiskal menjelang 2020.

“Model pada masa ini sudah cukup untuk keperluan semasa tanpa perlu menaikkan apa-apa cukai seperti GST,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran Kajian Ekonomi OECD: Malaysia 2016 dan Kajian OECD Mengenai Dasar Inovasi: Malaysia 2016 di sini hari ini.

Jelasnya, biarpun Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) ada mencadangkan supaya kerajaan Malaysia berani untuk melakukan penambahbaikan dalam GST, kerajaan telah pun membuat keputusan untuk mengekalkan kadar GST pada enam peratus seperti yang diumumkan Perdana Menteri dalam Bajet 2017.

Sebelum itu, Pengarah Jabatan Kajian Negara dan Ekonomi OECD, Alvaro Pareira memberitahu langkah pembaharuan dalam ekonomi dan pengenalan GST sangat penting kepada Malaysia ekoran pasaran komoditi yang tidak stabil pada ketika ini.

SUMBER : Astro Awani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s