Malaysia catat lebihan dagangan RM87.27 bilion

KUALA LUMPUR: Malaysia catat lebihan dagangan RM87.27 bilion pada 2016, lebihan ke-19 tahun berturut-turut sejak 1998, meskipun berdepan persekitaran ekonomi global yang amat mencabar.

Jumlah perdagangan negara pada tahun lalu, secara keseluruhannya, meningkat 1.5 peratus kepada RM1.485 trilion berbanding RM1.463 trilion berbanding tahun 2015.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata peningkatan berkenaan disumbang oleh perdagangan lebih tinggi dengan China, yang berkembang sebanyak RM10.09 bilion, diikuti Amerika Syarikat (RM6.87 bilion), Korea Selatan (RM3.56 bilion), Taiwan (RM3.29 bilion) dan Arab Saudi (RM3.04 bilion).

“Peningkatan ketara turut dicatatkan dengan Turki (RM2.81 bilion), Hong Kong (RM1.93 bilion), India (RM1.85 bilion), Mexico (RM1.64 bilion), Brazil (RM1.52 bilion), Bangladesh (RM1.48 bilion), ASEAN (RM1.41 bilion) dan Kesatuan Eropah (EU) (RM549.6 juta),” katanya ketika membentangkan prestasi perdagangan Malaysia 2016, di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, eksport juga turut meningkat 1.1.peratus kepada RM785.93 bilion dan import meningkat 1.9.peratus kepada RM698.66 bilion. “Pencapaian ini sekali gus menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM87.27 bilion dan merupakan lebihan dagangan yang ke-19 tahun dicatatkan sejak tahun 1998,” katanya.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s