LHDN, BNM perkukuh kerjasama

CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkukuhkan kerjasama strategik dalam memerangi jenayah kewangan yang menyumbang kepada ketirisan cukai negara.

Menurut LHDN dan BNM dalam kenyataan bersama, bagi memastikan penguatkuasaan yang sistematik dan berkesan, kedua-dua pihak akan terus bekerjasama menerusi perkongsian maklumat dalam siasatan ke atas jenayah kewangan.

Katanya, komitmen itu dibincangkan semasa kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah, ke atas Gabenor BNM Datuk Muhammad Ibrahim, hari ini. Bagi LHDN, kerjasama strategik antara dua agensi itu pasti akan memberi impak besar kepada usaha memerangi jenayah kewangan dan mengurangkan ketirisan cukai.

Katanya, hasrat itu mampu dilaksanakan berikutan peranan BNM sebagai Pihak Berkuasa Kompeten di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

BNM juga adalah wakil Malaysia dalam Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF), sebuah pertubuhan kerjasama antara negara dalam menangani pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan lain-lain ancaman kepada integriti sistem kewangan antarabangsa.

LHDN adalah satu daripada agensi yang terbabit secara langsung dalam menangani isu pengubahan wang haram di bawah AMLATFPUAA. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s