Kerjasama Proton Dengan Syarikat Asing Bantu Hasilkan Kereta Lebih Berkualiti

IPOH, 11 Feb (Bernama) — Kerjasama strategik Proton Holdings Bhd dengan beberapa syarikat pengeluar kereta asing membolehkan syarikat automotif negara itu menghasilkan kereta yang lebih berkualiti selain memperluas pasaran ke peringkat antarabangsa.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata langkah itu sekali gus juga mampu memulihkan prestasi syarikat, selain meraih kembali keyakinan pelanggan.

“Kerjasama ini juga akan menyokong pembiayaan penyelidikan dan pembangunan Proton kerana kerjasama dengan syarikat yang mempunyai kedudukan kukuh dan stabil, akan menjadikannya lebih kompetitif.

“Kerjasama itu dijangka terjalin pada pertengahan tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Tea Gaharu Valley di Gopeng dekat sini Sabtu.

Ong berkata Proton kini hanya menumpukan pasaran di peringkat tempatan dan menjual kira-kira 200,000 unit kenderaan, yang merupakan jumlah yang sangat kecil serta tidak memadai.

Beliau berkata keputusan itu bagaimanapun terletak sepenuhnya kepada Proton yang kini merupakan syarikat milik persendirian dan bukan lagi milik kerajaan.

“Kerajaan tidak berhasrat untuk mencampuri urus niaganya kerana kita tidak mempunyai sebarang kepentingan… mereka bebas untuk membuat keputusan, namun kita akan terus memberi pandangan kepada Proton,” katanya.

Dalam pada itu, Ong berkata Proton akan memindahkan kilang pemasarannya dari Shah Alam, Selangor, ke Bandar Proton City di Tanjung Malim, tahun depan.

Perpindahan ke Tanjung Malim itu bertujuan untuk meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran selain memusatkan pengoperasian kumpulan serta memberi peluang pekerjaan kira-kira 10,000 kepada masyarakat setempat, katanya.

SUMBER –  BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s