KDNK Indonesia catat pertumbuhan bawah 5 peratus

JAKARTA: Ekonomi Indonesia pada suku keempat tahun lalu mencatat pertumbuhan di bawah kadar lima peratus, lebih rendah daripada jangkaan sebahagian besar penganalisis.

Jabatan Statistik republik itu sebentar tadi mengumumkan, pada suku keempat 2016, ekonomi terbesar Asia Tenggara itu berkembang pada kadar 4.94 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Ia lebih rendah berbanding pertumbuhan suku ketiga tahun lalu iaitu, 5.01 peratus. Sementara itu, jangkaan penengah penganalisis yang dikaji Reuters bagi suku terakhir 2016 itu adalah 5.07 peratus.

Secara keseluruhannya kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dicatat Indonesia pada 2016 adalah 5.02 peratus, lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan ekonomi 2015 yang disemak semula iaitu 2015, kata jabatan berkenaan.

Angka itu juga lebih rendah daripada pungutan pendapatan penganalisis oleh Reuters iaitu 5.03 peratus. Kerajaan republik itu pada awalnya menetapkan sasaran pertumbuhan 5.3 peratus pada tahun lalu, namun begitu pengawainya berkata, kadar perkembangan wajar ekonomi tahun lalu adalah lima peratus. – Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/244753

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s