Kastam sasar kutipan GST RM42 bilion tahun 2017

PASIR MAS: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM42 bilion untuk tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Perkastaman dan GST) JKDM Datuk Zulkifli Yahya berkata setakat ini kira-kira 433,000 syarikat didaftarkan di bawah GST sejak sistem percukaian baharu itu dikuat kuasa pada 1 April 2015.

“Tahun lalu kutipan GST adalah RM 41.2 bilion iaitu melebihi sasaran RM38.5 bilion dan pihak kami akan mengemas kini hasil kutipan dari semasa ke semasa.

“Kami juga akan mengadakan program bagi meningkatkan tahap pematuhan untuk pembayaran GST,” katanya kepada pemberita selepas Program Misi Bantuan Banjir Pantai Timur di Sekolah Kebangsaan Baroh Pial di sini, pada Sabtu.

Turut hadir Pengarah JKDM Kelantan Mohd Nasir Yusoff dan Ketua UMNO Rantau Panjang Datuk Abdullah Mat Yasin.

Ditanya mengenai program berkenaan, Zulkifili berkata ia diadakan bagi memberi bantuan kepada mangsa yang terlibat dengan banjir yang melanda negeri pantai timur baru-baru ini.

Zulkifli berkata sebanyak 420 keluarga menerima sumbangan berbentuk bekalan makanan bagi meringankan beban mangsa akibat bencana itu.- BERNAMA
SUMBER : Astro Awani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s