Kadar hutang pinjaman isi rumah semakin perlahan, positif untuk ekonomi Malaysia – Moody’s

KUALA LUMPUR: Statistik pinjaman isi rumah yang menunjukkan kadar pengumpulan hutang isi rumah yang lebih perlahan, sangat positif untuk ekonomi Malaysia, kerana ia turut menunjukkan peningkatan dalam kualiti pinjaman isi rumah, kata Moody’s Investors Service.

Dalam laporan yang dikeluarkan mengenai bank-bank di Malaysia bertajuk ‘pertumbuhan pinjaman isi rumah yang semakin perlahan merupakan positif kredit bagi bank-bank Malaysia’, Moody’s berkata penurunan pinjaman isi rumah selanjutnya pada tahun lepas berbanding 2015, merupakan positif kredit bagi kualiti aset bank-bank di negara ini.

Statistik perbankan itu dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 31 Jan.

“Pada 2016, pertumbuhan pinjaman isi rumah didorong oleh pinjaman perumahan yang lebih selamat, khususnya yang disokong oleh cagaran harta, dan menunjukkan nisbah keingkaran rendah, manakala pertumbuhan dalam pinjaman tidak bercagar yang lebih berisiko, kekal lemah,” kata Naib Presiden dan Penganalisis Kanan Moody’s, Simon Chen.

“Kami menjangkakan hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2016 akan menjadi lebih sederhana daripada 89 peratus yang direkodkan pada akhir 2015.

“Antara bank-bank Malaysia yang diberikan penarafan oleh Moody’s, Public Bank Bhd (A3 stabil, a3) dan Hong Leong Bank Bhd (A3 stabil, Baa1), adalah yang paling terdedah kepada sektor isi rumah, dan akan mendapat manfaat paling besar daripada peningkatan profil nisbah hutang isi rumah,” katanya.

Pada akhir 2016, jumlah pinjaman isi rumah terkumpul menyumbang 57 peratus daripada jumlah pinjaman dalam sistem perbankan atau peningkatan lima peratus..

Sementara itu, Moody’s berkata penurunan dalam pertumbuhan pinjaman kereta juga mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan isi rumah terhadap perbelanjaan berhemat.

Nisbah pinjaman terjejas keseluruhan kekal stabil pada 1.1 peratus pada akhir 2016, tidak berubah daripada paras pada akhir 2015.

Begitu juga dengan pinjaman rumah, aset kualiti portfolio pinjaman korporat bank kekal stabil pada 2.3 peratus pada akhir 2016.-  BERNAMA

SUMBER : Astro Awani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s