FashionValet sasar masuk Thailand

SEPANG: FashionValet, peruncit dalam talian berpangkalan di Malaysia, bercadang memasuki pasaran Thailand tahun ini, kata Pengasas Bersamanya, Vivy Yusof.

“Kami sudah hadir di Indonesia dan sekarang meninjau memasuki pasaran Thailand,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran pertandingan AirAsia Runway Ready Designer Search 2017 di sini hari ini.

Peserta dari 10 negara ASEAN mengambil bahagian dalam pertandingan itu, yang mana pemilihan akan diadakan di setiap ibu negara ASEAN mulai April hingga Jun. Dua peserta teratas dari setiap bandar akan mewakili negara masing-masing pada acara akhir, dijadualkan diadakan di Kuala Lumpur Ogos depan.

Pemenang pereka serantau akan membawa pulang hadiah bernilai RM350,000, termasuk pengesahan slot di KL Fashion Week Ready To Wear 2018. Hadiah lain termasuk RM25,000, tajaan FashionValet, bagi pengeluaran koleksi yang akan dijual di FashionValet.com.

“Koleksi pemenang 2016 akan diumumkan Julai depan di laman web FashionValet,” kata Vivy. Beliau berkata, pasaran jualan Malaysia menyumbang 60 peratus kepada pendapatan syarikat itu, disusuli Singapura (30 peratus), Brunei (15 peratus) dan lain-lain (lima peratus).

FashionValet juga mengembangkan koleksi pada laman webnya, dengan penambahan koleksi FV Men dan FV Kids yang akan diperkenalkan sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s