DRB-HICOM komited muktamad FSP PROTON

KUALA LUMPUR: DRB-HICOM Bhd komited menyelesaikan pemilihan rakan kongsi strategik asing (FSP) PROTON Holdings Bhd dalam separuh pertama tahun ini.

Konglomerat itu kini sedang menunggu penghantaran bidaan daripada pihak yang berminat untuk menjadi FSP pengeluar kereta nasional itu.

“Pihak berminat sudah menjalankan kajian ketekunan mereka sendiri mengenai PROTON dalam beberapa minggu lalu. “DRB-HICOM kini sedang menunggu penghantaran bidaan daripada pihak berminat, dan kemudiannya penilaian bersungguh-sungguh akan bermula,” kata konglomerat itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Shah Alam hari ini.

DRB-HICOM Bhd berkata, ia percaya PROTON akan menjadi pengeluar kereta yang lebih berjaya dengan adanya FSP. Ia menegaskan, dengan adanya FSP membolehkan PROTON memulihkan semula dirinya menerusi akses kepada platform baharu, powertrain dan teknologi yang akan terus meningkatkan rangkaian produk dan kualiti PROTON.

Dalam mencari rakan kongsi strategik yang tepat bagi PROTON, DRB-HICOM berkata, ia akan menilai tiga kriteria utama iaitu padanan strategik, operasi dan budaya. Ia menegaskan, pencarian FSP itu adalah usaha penting bagi memastikan kemampanan pengeluar kereta tempatan berkenaan.

“Sebagai syarikat tempatan, DRB-HICOM dengan bangganya menjadi pemilik pengeluar kereta nasional pertama dan satu-satunya pengeluar kereta ASEAN,” katanya.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s