BASEL I

Basel I diterbitkan pada tahun 1988 memberi penekanan terhadap risiko kredit dan aset risiko-pemberat (risk-weighted asset (RWA)) yang sesuai.

Aset sesebuah bank akan dikelaskan menurut lima kategori risiko, dalam peratus: 0%, 10%, 20%, 50% dan 100%. Pengkelasan ini akan dilakukan menurut sifat penghutang tersebut.

Kategori risiko 0% terdiri daripada wang tunai, hutang bank pusat, hutang kerajaan dan juga hutang mana-mana negara anggota Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD).

Kategori risiko 20% pula terdiri daripada hutang bank pembangunan, hutang bank OECD, hutang firma sekuriti OECD,  hutang bank bukan OECD dibawah 1 tahun, dan hutang sektor awam OECD.

Katergori risiko 50% terdiri daripada cagaran perumahan. Manakala, kategori risiko 100% terdiri daripada hutang sektor awam, hutang bank bukan OECD melebihi 1 tahun, hartanah dan juga hutang-hutang lain.

MODAL

Bank hendaklah sentiasa mempunyai modal yang bersamaan dengan 8% daripada RWA mereka. Bank juga dikehendaki melaporkan butiran off-balance sheet seperti surat kredit, komitmen, dan derivatif yang memberi kesan kepada Bank Rizab Persekutuan.

Perjanjian ini diguna pakai oleh negara G10 sejak diperkenalkan pada tahun 1988. Terdapat lebih 100 negara lain yang turut mengguna pakai peraturan ataupun prinsip perjanjian ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s