JENIS TUNTUTAN YANG BOLEH DIFAILKAN DI TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA

Pengguna boleh memfailkan tuntutan di Tribunal menuntut gantirugi bagi kerugian yang ditanggung atas apa-apa perkara berkaitan kepentingannya sebagai pengguna di bawah  Akta yang berbangkit daripada :-

  1. Perlakuan yang mengelirukan atau memperdaya berhubung dengan barang mengenai sifat, proses pengilangan, ciri-ciri, kesesuaian bagi sesuatu maksud, kualiti dan kuantiti barang itu.
  2. Perlakuan yang mengelirukan dan memperdaya berhubung dengan perkhidmatan mengenai sifat, ciri-ciri, kesesuaian bagi sesuatu maksud, kualiti dan kuantiti  perkhidmatan  itu.
  3. Representasi palsu atau mengelirukan berhubung dengan barang bahawa barang itu:
    • adalah daripada jenis, standard, gred, kualiti, kuantiti gaya atau model tertentu;
    • mempunyai sejarah tertentu atau kegunaan tertentu atau berasal daripada tempat tertentu;
    • baru atau baru dibaikpulih;
    • telah dikilangkan, dikeluarkan, diproses atau dibaikpulih pada suatu masa tertentu;
    • mempunyai apa-apa tajaan, kelulusan, pengendorsan, gabungan, ciri-ciri pencapaian, aksesori, kegunaan atau faedah.
  4. Representasi palsu atau mengelirukan berhubung dengan perkhidmatan bahawa perkhidmatan itu:
    • adalah daripada jenis, standard, kualiti atau kuantiti tertentu;
    • dibekalkan oleh mana-mana orang tertentu atau oleh mana-mana orang yang mempunyai daya ketukangan, kelayakan atau kemahiran tertentu; atau
    • mempunyai apa-apa tajaan, kelulusan, pengedorsan, gabungan, ciri-ciri pencapaian, aksesori, kegunaan atau faedah.
  5. Gambaran yang mengelirukan mengenai harga yang padanya barang atau perkhidmatan boleh didapati.
  6. Tawaran apa-apa pemberian, hadiah atau benda percuma lain dengan niat untuk tidak mengadakannya atau tidak mengadakan sebagaimana yang ditawarkan.
  7. Penerimaan bayaran bagi barang atau perkhidmatan dengan niat  untuk tidak  membekalkan barang atau perkhidmatan itu atau berniat membekalkan barang atau perkhidmatan yang berbeza daripada barang atau perkhidmatan yang berkenaanya bayaran diterima.
  8. Membekalkan atau menawarkan atau mengiklankan untuk membekalkan apa-apa barang atau perkhidmatan yang tidak mematuhi standard keselamatan yang ditentukan berkenaan dengan apa-apa barang atau perkhidmatan atau kelas barang atau perkhidmatan.
  9. Hak terhadap pembekal barang berkenaan dengan gerenti berkaitan dengan barang mengenai:-
    • hakmilik;
    • kualiti boleh terima;
    • kesesuaian bagi maksud tertentu;
    • bahawa barang mematuhi sampel atau perihal;
    • harga munasabah;
    • pembaikan dan barang ganti; dan
    • kebolehdapatan barang yang serupa pada masa  hadapan.
  10. Hak terhadap pembekal perkhidmatan berkenaan dengan gerenti berkaitan dengan perkhidmatan mengenai:-
    • ketelitian dan kemahiran munasabah;
    • kesesuaian bagi maksud tertentu;
    • masa siap yang munasabah; dan
    • harga munasabah yang dikenakan.

SUMBER : Laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s