Apa Itu Skim Piramid?

Anda mungkin pernah mendengar tentang Skim Piramid melalui ahli keluarga, rakan pejabat mahupun jiran tentangga anda. Kebiasaannya, Skim Piramid ini merekrut ahli baru melalui seminar, perjumpaan-perjumpaan di rumah, panggilan telefon, email, surat dan juga di media sosial.

Skim Piramid merupakan satu skim penipuan cepat kaya, di mana modus operandinya ialah menjerat anda, seterusnya menipu dan menyebabkan anda kehilangan wang pelaburan anda.

Bagaimana penipuan ini dilakukan?

Anda perlu membuat ‘pelaburan’ untuk menyertai skim ini. Seterusnya, skim ini bergantung kepada anda untuk meyakin dan menarik ahli-ahli baru, iatu rakan-rakan dan juga ahli keluarga anda pula untuk menyertai dan membuat ‘pelaburan’ pada skim ini.

Untuk memastikan bahawa setiap ahli membuat keuntungan, kemasukan ahli-ahli baru perlulah direkrut tanpa henti supaya pengaliran wang daripada ahli yang baru (dasar piramid)  kepada ahli yang lama (atas piramid) tidak akan terhenti.

Wang Besar

Anda dijanjikan pulangan wang untuk setiap ahli baru yang direkrut. Ahli lama yang merekrut anda juga akan menerima sebahagian pulangan wang dari ahli baru tersebut.

Disebabkan ini, skim ini amatlah menarik kerana  wang pulangan akan sentiasa masuk kedalam poket anda walaupun anda tidak bekerja, dengan syarat, ada ahli baru di bawah anda direkrut.

Kitaran ini berlaku hingga ahli seterusnya pula merekrut ahli yang baru. Ingat, wang akan sentiasa mengalir ke ahli yang diatas selagimana terdapat ahli baru menyertai skim ini.

Berselindung

Kebanyakkan penganjur skim ini menyembunyikan niat sebenar mereka dan berselindung sebagai penjual barang. Mereka menjual barang pada harga yang terlalu mahal daripada harga asal atau nilai produk itu, mempunyai kualiti yang rendah dan sukar untuk dijual.

Mereka juga  berselindung di bawah nama kesihatan bagi mempromosikan produk mereka seperti bantal kesihatan, penapis air kesihatan, jus kesihatan dan juga gelang magnet kesihatan. Namun, membuat keuntungan dengan merekrut ahli tetap menjadi matlamat mereka.

Bagi memastikan kesemua ahli menerima keuntungan, skim ini perlu berkembang tanpa batas. Ini adalah mustahil memandangkan jumlah penduduk dimuka bumi ini adalah terhad. Apabila keahlian telah menjadi ramai, ia menjadi sukar untuk merekrut lebih ramai ahli yang baru.

Maka, maka skim ini seterusnya akan gagal kerana ketiadaan sumber wang pendapatan daripada ‘rekrut’ yang baru. Ahli yang paling ramai di dasar pyramid inilah yang akan mengalami kerugian kerana tidak mendapat keuntungan diatas wang yang telah dilaburkan.

Oleh itu, skim ini sering dikenali sebagai skim membuat duit hanya bagi beberapa orang ahli atasan piramid, manakala mereka yang berada di bahagian dasar pyramid akan kehilangan wang. Maka atas sebab ini, skim ini adalah satu penipuan.

Hubungan sesama ahli keluarga, persahabatan dan juga perkahwinan boleh musnah apabila skim ini gagal kerana kerugian wang yang telah dilaburkan.

Tanda-tanda Skim Piramid

  • Anda diberikan peluang untuk menyertai sebuah kumpulan, skim atau program dimana anda perlu merekrut ahli yang baru untuk membuat keuntungan.
  • Skim ini menawarkan produk atau servis yang mempunyai nilai yang kecil untuk mempromosikan skim tersebut.
  • Anda dikenakan wang pendaftaran yang terlalu mahal.
  • Jurujual tersebut menyatakan bahawa ia bukan Skim Piramid, atau ia adalah sesuatu yang menurut undang-undang.

Pertahankan diri anda

  • Jangan membiarkan orang lain memberi tekanan kepada anda untuk membuat keputusan emngenai wang ataupun pelaburan – pastikan anda mendapat mengkaji perkara tersebut dan memperoleh nasihat daripada pihak berkuasa.
  • Sentiasa berhati-hati terhadap apa-apa skim yang menawarkan keuntungan yang tetap.
  • Adakah keuntungan yang anda terima berdasarkan prestasi jualan barangan? Jika ya, adakah barangna tersebut mempunyai nilai, dijual pada harga yang bertepatan dan adakah terdapat permintaan bagi barangan tersebut.
  • Sentiasa beringat bahawa ahli keluarga dan rakan anda akan cuba mengajak anda menyertai skim tersebut tanpa anda menyedarinya.
  • Ia adalah bertentangan dari segi undang-undang untuk mempromosikan Skim Piramid, dan juga menyertainya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s