Aktiviti IPO dijangka positif tahun 2017

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd menjangkakan aktiviti penyenaraian tawaran awam permulaan (IPO) lebih baik pada tahun ini, meskipun berdepan suasana pasaran saham kurang memberangsangkan.

Unjuran prospek positif itu disokong oleh peningkatan aktiviti penyenaraian dalam tempoh dua bulan pertama, tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Tajuddin Atan, berkata permulaan tahun ini menunjukkan prestasi positif apabila empat syarikat tempatan melaksanakan aktiviti IPO sehingga bulan ini.

“Permulaan tahun 2017 adalah positif berbanding tahun lalu kerana dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, empat syarikat melaksanakan IPO berbanding tiada sebarang syarikat dalam tempoh sama 2016.

“Pada 2016 dan 2015, hanya 11 syarikat melaksanakan IPO dan kita positif tahun ini kemungkinan jumlahnya lebih daripada angka itu. Pada masa sama, ada juga syarikat bersaiz besar melaksanakan IPO tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai prestasi kewangan Bursa Malaysia bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, di sini, hari ini. Yang turut hadir Ketua Pegawai Kewangan, Rosidah Baharom.  Bursa Malaysia merekodkan penurunan 2.5 peratus keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (Patami) kepada RM193.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 berikutan, sejajar dengan cabaran pasaran modal seluruh dunia.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s