Adakah Bon Bebas Daripada Risiko?

Seperti pelaburan lain, pelaburan bon juga mempunyai risiko. Antara dua jenis risiko yang utama adalah risiko kredit dan risiko kadar faedah.

  • Risiko Kredit
    Risiko kredit adalah apabila penerbit gagal membayar kupon atau tidak mampu membayar balik duit modal pada tempoh matang. Secara umumnya, bon yang paling kurang risikonya adalah bon yang yang diterbitkan oleh kerajaan.
  • Risiko kadar faedah
    Risiko kadar faedah juga dikenali sebagai risiko harga atau risiko pasaran. Ini merujuk kepada kemungkinan hasil pulangan dan/ atau duit modal susut akibat perubahan kadar faedah yang menjejaskan harga bon.

Bon diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di bawah peraturan berasaskan pendedahan (disclosure-based regulation) dan pelabur hendaklah membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh penerbit,  dalam dokumen transaksi dan melalui lain-lain saluran informasi yang berkaitan.

Bagi pelabur yang tidak suka menghadapi turun naik pasaran saham,  anda boleh mencuba untuk melabur dalam bon. Jika anda seorang pelabur yang mempunyai beberapa jenis produk berisiko tinggi dalam portfolio, adalah baik untuk melabur dalam bon untuk menyeimbangkan tahap pelaburan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s