Syarikat insurans Warren Buffett mula operasi di Malaysia

BOSTON: Berkshire Hathaway Specialty Insurance Company (BHSI), syarikat milik hartawan Warren Buffet mendapat lesen daripada Labuan FSA untuk menyediakan insurans semula bukan hayat bagi pasaran Malaysia.

Syarikat itu juga menubuhkan sebuah pejabat baharu di Kuala Lumpur di samping menamakan Gaithrie Nandrajog sebagai Pengurus Cawangan serta Koo Kang Wuu sebagai Eksekutif & Barisan Profesional dan Pengurus Pembangunan Perniagaan di Malaysia.

“Selepas mewujudkan kehadiran di Singapura, Hong Kong, dan Macau, kami gembira untuk terus mengembangkan operasi kami di Asia dan membawa kapasiti insurans semula fakultatif dan produk baharu dengan sokongan daripada kunci kira-kira syarikat yang kukuh untuk memilih rakan-rakan insurans Malaysia,” kata Presiden Asia BHSI, Marc Breuil, dalam satu kenyataan di Boston, Amerika Syarikat (AS).

“Dengan pembukaan pejabat kami di Malaysia, kami terus mendalamkan penaja jaminan dan keupayaan tuntutan di rantau itu.” Gaithrie, yang akan menyelia operasi insurans semula BHSI Malaysia yang baharu, memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University of West England, Bristol.

Kang Wuu memegang Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti RMIT di samping Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari University of Hertfordshire (United Kingdom). Kedua-dua mereka datang ke BHSI dengan memiliki lebih satu dekad pengalaman di dalam industri insurans Malaysia.

Pejabat BHSI baharu di Malaysia terletak di Menara UOA Bangsar. Kemasukan BHSI ke pasaran tempatan itu menjejaki minat sama yang ditunjukkan oleh beberapa syarikat insurans terhadap industri insurans Malaysia kebelakangan ini, yang meninjau potensi jangka panjang dari negara ini.

Syarikat insurans Kanada, Sun Life Financial Inc dan sayap pelaburan kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Bhd sedang berunding untuk membeli perniagaan insurans Hong Leong Financial Group Bhd, lapor Reuters, tahun lalu. Agensi berita antarabangsa itu juga melaporkan bahawa Tokio Marine Holdings Inc sedang mengadakan rundingan eksklusif untuk membeli unit insurans am RHB Bank.

BHSI adalah sebahagian daripada kumpulan syarikat insurans National Indemnity kepunyaan Berkshire Hathaway. Mengikut laman web BHSI, National Indemnity mempunyai aset berjumlah AS$194.4 bilion (RM868.1 bilion) dan lebihan pemegang polisi bernilai AS$112.2 bilion (RM501 bilion). Buffett adalah Pengerusi, CEO dan pemegang saham terbesar Berkshire Hathaway.

INFO Berkshire Hathaway Inc

  • Konglomerat pegangan pelaburan milik Warren Buffett
  • Ditubuhkan di Cumberland, Rhode Island pada 1839
  • Terbabit dalam sektor utiliti, media, pemprosesan makanan, insurans dan hartanah

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s