RAM kekalkan penarafan kredit kedaulatan Malaysia

KUALA LUMPUR: RAM Rating Services Bhd mengekalkan penarafan kredit kedaulatan skala global dan ASEAN Malaysia masing-masing pada ‘A2/stabil’ dan ‘AAA/stabil’, mencerminkan pertumbuhan kukuh ekonomi negara dan usaha pengukuhan fiskal kerajaan.

RAM dalam satu kenyataan berkata, walaupun parameter daya tahan luaran Malaysia semakin buruk dalam keadaan penurunan berterusan harga komoditi dan pengurangan rizab pertukaran asing negara, ia masih dapat menyokong penarafan semasa negara.

Agensi penarafan itu berkata, penarafan Malaysia terus dikekang paras hutang isi rumah dan kerajaan yang tinggi. Ketua Penarafan Kredit Kedaulatan, Esther Lai, berkata ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada paras lebih pantas sedikit pada 4.5 peratus pada 2017 daripada 4.2 peratus yang diunjur pada 2016, disokong peningkatan permintaan domestik swasta dan struktur ekonomi yang pelbagai.

“Kemajuan aktiviti ekonomi masih kukuh meskipun pelbagai keadaan tidak menentu, yang termasuk kenaikan harga pelbagai barangan pengguna, penurunan berterusan ringgit dan risiko global yang semakin meningkat kepada pasaran sedang pesat membangun,” katanya.

Sementara itu, RAM berkata, lebihan akaun semasa Malaysia dijangka kekal berada dalam lebihan pada satu peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2017 (unjuran 2016: 1.3 peratus), susulan permintaan berterusan terhadap import modal dan harga minyak rendah.

Berhubung hutang kerajaan persekutuan, RAM berkata ia dijangka turun kepada 52 peratus daripada KDNK pada 2017 daripada 53.4 peratus pada September 2016 hasil usaha pengukuhan fiskal dan pindahan hutang luar lembaran imbangan.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s