Khazanah laksana 17 pelaburan bernilai RM6.9b tahun lalu

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd Khazanah melaksanakan 17 pelaburan baharu tahun lalu bernilai RM6.9 bilion, menjadikan jumlah pelaburannya sejak 2004 sebanyak 161 dengan nilai RM81.6 bilion.

Ia juga melaksanakan 13 urus niaga pelupusan berjumlah RM4.7 bilion tahun lalu, membolehkan sayap pelaburan kerajaan itu menjana keuntungan sebanyak RM2.6 bilion.

Secara terkumpul, Khazanah menjana keuntungan RM24.9 bilion daripada urus niaga pelupusan yang dilaksanakannya sejak 2004. Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata tahun lalu, syarikat melaksanakan lebih banyak pelaburan di dalam sektor teknologi dan inovasi di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, India, China dan Singapura.

Katanya, tumpuan kepada sektor berkenaan dibiayai khususnya daripada pulangan pelaburan awalnya di dalam Alibaba Group Holding Ltd. “Ia mencerminkan mandat Khazanah sebagai dana pelaburan strategik yang mewujudkan nilai jangka panjang kepada negara menerusi pelbagai sumber,” katanya pada taklimat media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata, persekitaran pasaran serta perniagaan global yang turun naik, tidak menentu dan rumit dijangka berterusan untuk tahun ini. “Khazanah akan terus memacu pembinaan nilai jangka panjang, membangunkan portfolio berkualiti tinggi dan berdaya tahan, menjamin nilai holistik dari segi kewangan, ekonomi dan masyarakat di samping mengukuhkan integriti dan tadbir urus institusi,” katanya.

Beliau berkata, pasaran secara dasarnya pada tahun ini akan memperoleh lebih banyak kejelasan daripada perkembangan yang berlaku tahun lalu seperti Brexit dan pemilihan Donald Trump sebagai bakal Presiden America Syarikat (AS). “Khazanah akan lebih berdisiplin kerana masih ada nilai yang boleh dijana daripada pasaran pada tahun ini,” katanya.

Ditanya mengenai kedudukan kewangan Malaysia Airlines Bhd, Azman berkata, syarikat penerbangan nasional itu dijangka mula mencatatkan pulangan modal tahun depan dan meraih keuntungan selepas itu.

INFO

Antara pelaburan baharu Khazanah pada 2016:

  • Garena
  • Fractal
  • Farfetch
  • Blippar
  • Davita
  • Infosys
  • Cainiao

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s