KPDNKK komited tangani isu kos sara hidup

KELUHAN pelbagai lapisan masyarakat mengenai kenaikan kos sara hidup kebelakangan ini mendapat perhatian serius Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), seiring iltizam kerajaan dalam menyulami denyut nadi rakyat.

Sebagai langkah proaktif, KPDNKK memperkenalkan sembilan pendekatan yang memanfaatkan pengguna:

1. Kedai Harga Patut

2. Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)

3. Karnival Jualan Mega

4. Jom Kembali Ke Sekolah

5. Peranan Koperasi

6. Pemantauan Harga

7. Penyeragaman Harga (1M1H)

8. Kad Siswa

9. Skim Penstabilan harga Minyak Masak (COSS)

Susulan program Kedai Harga Patut, KPNKK melaksanakan Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) bagi mengenal pasti, menilai dan mengiktiraf premis perniagaan yang menjual barangan pada harga berpatutan dan berdaya saing setanding kualiti barangan serta perkhidmatan ditawarkan. Sejumlah 1,238 premis perniagaan di seluruh negara dikenal pasti layak menerima AKHP 2016.

Sementara itu, sehingga tahun lalu, sebanyak 185 KR1M diwujudkan di seluruh negara yang menawarkan barangan keperluan harian berjenama 1Malaysia Kedai Rakyat dengan harga lebih murah berbanding barangan barangan sama.

Menerusi Karnival Jualan Mega, pameran dan jualan julung kali diadakan secara bersepadu melalui penggabungan beberapa program berimpak tinggi di bawah KPDNKK seperti Kempen Beli Barangan Malaysia 2016, Sambutan Hari Penjaja Kebangsaan, Sambutan Hari Pengguna Peringkat Kebangsaan 2016, Sambutan Hari Francais Kebangsaan 2016 dan `Back To School’.

kadsim-transformed_0

Kerajaan turut mengambil inisiatif melaksanakan Kempen Jualan Kembali ke Sekolah sejak 2011 bagi membantu mengurangkan perbelanjaan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan menjelang sesi persekolahan.

Tahun lalu, kempen itu disertai empat pasar raya besar iaitu TESCO, AEON Big, AEON Co dan Giant menerusi program tanggungjawab sosial korporat. Koperasi pula terbukti menjadi pemangkin dalam membantu kerajaan menangani kos sara hidup rakyat dan isu keberhutangan isi rumah.

Keanggotaan koperasi seluruh negara mencecah 7.49 juta orang atau 25 peratus daripada jumlah penduduk negara. Sektor koperasi menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara melalui pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti yang memberi manfaat kepada anggota koperasi. Penyediaan rangkaian kedai runcit di kawasan luar bandar memudahkan ahli mendapatkan barangan keperluan harian.

Antara program dilaksanakan adalah Program Transformasi Kedai Runcit Koperasi (TUKAR) yang memberi pembaharuan dan kemudahan kepada ahli koperasi dan pengguna melalui sistem Point of Sale (POS) dan susun atur kedai yang lebih teratur, kemas dan selesa.

Program Pemantauan Harga Barangan Keperluan Pengguna membabitkan pemantauan harian, mingguan dan bulanan, selain pemantauan 100 barangan kedai serbaneka dan pemantauan barangan siap masak.

Hasil pemantauan harga oleh Pegawai Pemantau Harga akan dianalisa dan pelaporan itu menjadi rujukan pihak berkepentingan dan agensi luar seperti Bank Negara, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).

kpi-transformed_2

Menyedari bebanan penduduk luar bandar yang terpaksa membayar harga lebih tinggi bagi mendapatkan barangan keperluan, menerusi program 1M1H, kerajaan menanggung kos pengangkutan tujuh barangan bersubsidi/kawalan dari pembekal ke kawasan pedalaman.

Skop penyeragaman merangkumi tiga projek membabitkan Projek Pengedaran Barang Perlu (gula, tepung gandum kegunaan am, minyak masak dan beras), Penyeragaman Harga Gas Petroleum Cecair (LPG) dan Penyeragaman Harga Petrol RON 95 dan Diesel.

Tahun lalu, rakyat menikmati penjimatan bagi pembelian barangan itu sebanyak RM267,997,273.68 berbanding kos projek RM217,229,000.04. Kerjasama pintar diketuai KPDNKK menerusi inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS6) membabitkan perkongsian rakan dagang iaitu syarikat swasta yang memberikan potongan harga dan diskaun bagi barangan dan perkhidmatan kepada pemegang Kad Skuad Pengguna, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M), 1Malaysia Privilege Card (1MPC), Kad Bekas Tentera (KBT) dan Kad Orang Kurang Upaya (OKU) serta Kad Pesara Kerajaan.

Di samping itu, bermula 1 November 2016, KDNKK mengambil alih pengurusan COSS daripada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Dalam tempoh peralihan rejim baharu COSS, KPDNKK menjalankan 100,481 pemeriksaan bermula 10 Oktober 2016 hingga 15 Disember 2016 dan berjaya merampas minyak masak bernilai RM536,691.56.

Hanya minyak masak pek 1 kilogram (kg) dalam plastik atau polibeg sahaja diberikan subsidi dengan menetapkan harga RM2.50/kg dan pembungkusan lain minyak masak adalah mengikut harga pasaran.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s